LAWATAN PENANDA ARASAN SMK JERAM

Aktiviti:

Lawatan Penanda Arasan SMK Jeram

3 April 2016

SMK Sri Kukup

[Asrama, Musolla al-Falah, Bengkel MPV Akuakultur, Bengkel MPV Pemprosesan Makanan]

Kredit gambar: En Mohd Nasir bin Ismail

KELAS PINTAS 02/2015 PELAJAR PT3 DAN SPM

Pada 28, 29 dan 30 Mei yang lalu, Jawatankuasa STAR [Strategi Terancang Akademik Pelajar] SMKSK telah menganjurkan Kelas Pintas 02/2015 khusus untuk semua calon PT3 dan SPM tahun ini. Kelas ini diadakan bagi menyediakan pelajar dengan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan di samping memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Berikut ialah gambar-gambar sekitar program.

MUSOLLA AL-FALAH SMKSK: JOHAN KATEGORI SURAU SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Musolla al-Falah SMKSK telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Surau Sekolah Menengah dalam Anugerah Pengurusan dan Pengimarahan Musolla al-Hakim Sekolah-sekolah Negeri Johor bagi tahun 2014/ 1435H.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMKSK yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga SMKSK akan berjaya di peringkat yang seterusnya.