Assalamualaikum dan salam sejahtera Sri Kukup Gemilang.
Syukur Alhamdulillah dan syabas kepada semua pendidik dan calon SPM 2020 SMK Sri Kukup yang telah menunjukkan kecemerlangan dan kesungguhan memastikan pencapaian SPM tahun 2020 melebihi pencapaian SPM 2019.
Untuk makluman, pencapaian SPM SMK Sri Kukup telah meningkat ( bertambah baik ) lagi dengan GPS 4.82 ( 2020 ) berbanding 5.47 pada 2019 . Peratus lulus juga bertambah baik iaitu 89.58% ( 2020 ) berbanding 86.19% (2019). Kejayaan ini adalah berkat segala kesungguhan semua guru dan juga anak anak didik kita yang berusaha bersungguh sungguh biar pun menghadapi suasana pandemic Covid 19 yang sangat mencabar.

Ucapan terimakasih juga kepada Anggota Kumpulan Sokongan Sri Kukup ( AKP ), YDP PIBG, barisan AJK PIBG , KSIB, ibubapa, komuniti, mediator, SISC+, dan SIP Pontian. dan semua yang membantu kejayaan hebat ini.
Semoga kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat dan iltizam kita untuk terus mencurah bakti, berkhidmat dengan cemerlang demi anak anak didik kita di sekolah ini. Terima kasih semua semoga dapat diteruskan kecemerlangan untuk tahun tahun yang mendatang. DAN SYABAS DAN TERIMA KASIH SEMUANYA
“Kukup Pasti Juara TS25”
Zulkurnain bin Abdul Rahman
Pengetua SMK Sri Kukup