Program Mohon Restu & Bacaan Yassin Calon STPM Sememster 2

22 Oktober 2021: Program Mohon Restu & Bacaan Yassin Calon STPM Sememster 2 telah dijalankan melalui Youtube Live. Ibu bapa dan masyarakat setempat turut dijemput untuk sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak calon STPM ini.

Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau mengharapkan agar semua pelajar dapat memberi fokus sepenuhnya kepada peperiksaan disamping perlu waspada terhadap wabak Covid-19 yang sedang melanda. Semoga semua calon STPM memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Libat Urus Pembukaan Sekolah Untuk Ibu Bapa dan Murid SMK Sri Kukup

20 Oktober 2021: Taklimat persediaan pembukaan sekolah untuk pelan fasa pemulihan Fasa 3 dan 4 telah diberikan kepada ibu bapa dan penjaga serta murid SMK Sri Kukup melalui Youtube Live. Dalam taklimat tersebut persediaan umum, keselamatan murid dan kaedah penggiliran murid telah dijelaskan oleh En Zulkurnain (Pengetua), En Ariffin (GPK Pentadbiran) dan Pn Johana (GPK HEM).

Semoga dengan aktiviti libat urus ini memberikan manfaat dan input yang berguna kepada ibu bapa dan murid bagi memastikan aktiviti penggiliran, belajar kendiri dan PdPR dapat bejalan dengan sempurna.

Selamat Kembali Ke Sekolah

10 Oktober 2021 : Seramai 24 murid tingkatan 6 atas dan 8 orang murid Pendidikan Khas telah memulakan kembali persekolahan mereka setelah hampir 4 bulan sekolah terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendemik covid-19.

Sebelum ini pihak sekolah telah membuat persediaan rapi bagi memastikan SOP yang ketat KPM dipatuhi oleh semua murid, guru, AKP dan pekerja sokongan sekolah sepanjang keberadaan di sekolah.

Turut hadir dalam memastikan kelancaran hari pertama persekolahan ini ialah Cik Nurul Huda binti Talip (Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid JPN Johor), En Yusaini bin Kasiron (SISC+ PPD Pontian) dan Tn Hj Zahrullail (YDP PIBG).

Secara keseluruhannya, daripada hasil pemantauan yang dibuat mereka berpuas hati dengan perjalanan pengoperasian sekolah mengikut garis panduan SOP yang disedikan oleh KPM.

Penyerahan Peranti Program Cerdik KPM

10 dan 11 Jun 2021: Peranti Program Cerdik KPM (Chromebook, Dongle dan Simkad) telah diserahkan kepada 160 orang pelajar Tingkatan 3 di Dewan Terbuka SMKSK. Terima kasih diucapkan kepada KPM dan Yayasan Hasanah atas inisiatif ini.

CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan.

Empat objektif CERDIK ialah:

  1. Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
  2. Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa hadapan apabila sekolah dibuka semula.
  3. Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
  4. Mempelopori model pembelajaran digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penggunaan masa hadapan.

“Kukup Pasti Juara TS25”