LDP BIL.1/2015: PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Pada 1 Januari 2015 yang lalu, semua guru SMK Sri Kukup telah membuka tirai aktiviti bagi tahun 2015 dengan menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan [LDP] Bilangan 1. LDP kali ini terbahagi kepada tiga slot. Slot yang pertama dimulakan dengan teori pembelajaran abad ke 21 yang disampaikan oleh Puan Haslinoryati binti Hj Jaffar, Penolong Kanan Petang SMK Sri Kukup. Antara perkara – perkara yang dibentangkan ialah Model Penyampaian Abad 21, ciri – ciri guru abad 21, ‘10 teaching practises ‘, bilik darjah abad 21 dan perbezaan pembelajaran abad ke 20 dengan pembelajaran abad ke 21. Manakala dalam slot kedua ceramah disampaikan oleh En Selamat bin Hj Mon, Pengetua SMK Sri Kukup. Beliau memperkenalkan beberapa paparan pembelajaran abad ke-21 seperi susun atur meja, pameran hasil kerja murid, persekitaran pembelajaran yang kondusif, papan kenyataan, carta ganjaran, parking lot, keperluan murid, penilaian kendiri dan contoh-contoh aktiviti bergambar yang menunjukkan pembelajaran berpusatkan murid. Seterusnya slot ketiga ialah perbengkelan yang juga disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri. Dalam slot tersebut pengetua telah memperkenalkan aktiviti dalam PDP yang dicadangkan seperti Plus-Minus-Interesting [P-M-I], Give One – Get One, Give One – Get More, Gallery Walk dan lain-lain. Pada akhir LDP ini, diharap guru – guru dapat melaksanakannya semasa sesi persekolahan pada minggu hadapan dan seterusnya pembelajaran abad ke-21 dapat dimulakan dengan guru berkreativiti, berinovasi dan berinvensyen.

Laporan oleh Pn Nurhayati binti Mat Tahir [Setiausaha LDP]

Bengkel Teknik Menjawab Soalan LKJ SPM 2013

Pada 28 November 2013, Panitia Lukisan Kejuruteraan SMKSK telah menganjurkan sebuah Bengkel Teknik Menjawab Soalan LKJ SPM 2013 bertempat di Dewan Makan Asrama bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari . Bengkel ini disertai seramai 24 orang pelajar Tingkatan 5.

Bengkel teknik menjawab ini dipengerusikan oleh En Zaki Faisal bin Khamisan selaku Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan. Seterusnya bengkel ini dikendalikan oleh penceramah luar iaitu En Md Shahfuddin bin Hussein yang dijemput khas dari SMK Bandar Tenggara, Kulai, Johor.

Antara objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan LKJ yang berkesan. Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang perbengkelan dapat digunakan sepenuhnya semasa menjawab soalan dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah.