Sejarah Sekolah

ediblelandscape

SMK Sri Kukup

Sekolah Sri Kukup di tubuhkan pada tahun 1965 ketika itu semua pengurusan dan pentadbirannya menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, sebab itulah Sekolah Sri Kukup ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sungai Durian. Pada tahun 1967, mula mendapat bangunan sendiri dan pada tahun 1968 mula dengan peperiksaan SRP untuk kali yang pertamanya disekolah ini.

Pada tahun 1969, telah dimulakan tingkatan 4. Pengetua pada masa itu ialah En Abdul Majid bin Abd. Shukor beserta AJK PIBG merasakan sekolah itu semakin brkembang dan nama sekolah perlulah disesuaikan selaras dengan perkembangan itu. Oleh itu, mereka telah memohon kepada Jabatan Pelajaran supaya menukar nama dengan nama Sri Kukup, Pihak pendaftar sekolah telah meluluskan pada 23/5/1970. Selepas itu sekolah ini bertukar nama “Sekolah Sri Kukup”, Pontian sehinggalah sekarang.

Mulai 1/3/1994 Sekolah ini telah bertukar daripada taraf gred B ke taraf gred A dengan bilangan gurunya seramai 49 orang dan bilangan kakitangan 10 orang. Bilangan muridnya pula seramai 836 orang. Dalam tahun yang sama juga, sekolah ini telah melaksanakan ‘Kelas Rancangan Khas’. Akibat daripada kekurangan bilik darjah menyebabkan persekolahan dua sidang dilaksanakan pada tahun 1998. Pada 1999, sekolah ini menjalankan ‘Program Pendidikan Khas’ dan ‘Program Ke Arah Kerjaya’. Sehingga tahun 2000 sekolah ini telah menampung seramai 1264 orang pelajar, 73 orang guru dan 11 kakitangan sokongan. Manakala penghuni asrama pula seramai 93 orang.