Piagam Pelanggan

Kami, warga SMK Sri Kukup dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

    1. bekerja dengan ikhlas, jujur, amanah, cekap dan patuh semua perintah berkaitan dengan perjawatan bersesuaian dengan kehendak Wawasan Pendidikan.
    2. memastikan semua pelajar menerima pelajaran formalnya sejak hari pertama sekolah dibuka.
    3. sentiasa responsif kepada semua pelanggan yang berurusan dengan sekolah samada pelawat, ibubapa, pelajar dan di kalangan kami sendiri.
    4. menentukan semua urusan surat-menyurat dibuat dengan segera.
    5. menanam budaya ilmu dengan membaca, berceramah, berbengkel dan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
    6. menyemai dan mengamalkan budaya penyayang di kalangan warga sekolah.
    7. memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, terkawal dan selamat.
    8. memastikan sekolah menuju ke arah kecemerlangan.