Pengasas Sekolah

En.Omar bin Hj. Abdullah adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah English School di Pontian, dan aktif dalam soal-soal memajukan masyarakat. Atas kesedaran perlunya masyarakat Kukup di majukan dari segi pendidikan, beliau telah mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah sekolah menengah dikawasan Kukup.

Beliau bersama En. Razali bin Mohd. Said selaku ketua kampung Sungai Kuali membawa perbincangan ini kepada Jawatankuasa Kampung dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah. Permohonan dimajukan dan pada peringkat awalnya pelajar-pelajar yang layak kesekolah menengah ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Durian mulai 1965. Keadaan ini berlarutan hingga tahun 1967. Apabila dapat bangunan sendiri, pelajar-pelajar dan pentadbiran berpindah ke bangunan sendiri (SSK) pada 1968, dan mulakan perperiksaan SRP kali pertama pada tahun tersebut.