Projek Kuih Siput Kelas Integrasi

Projek Kuih Siput Kelas Integrasi bertujuan murid dapat kemahiran menggentel (motor halus) atau membentuk kuih siput dengan menggunakan alat dengan cara yang betul. Kuih siput yang telah siap digoreng akan disira dengan

sambal dan dijual dengan harga RM 0.50 sen. Dalam masa 1 hari Kelas Integrasi akan membuat 4 kg kuih siput untuk jualan dalam sekolah dan di luar sekolah.

Projek Donut Coklat Kelas Integrasi


4 April 2018: Kelas Integrasi telah menjalankan Projek Donut Coklat iaitu pada waktu Kokurikulum bagi Kelab dan Persatuan pada hari Rabu. Objektif utama adalah supaya murid mengetahui teknik membuat donut dengan betul untuk pasaran dalam sekolah dan di luar sekolah. Murid mempelajari cara /teknik menghasilkan doh, menguli doh, membentuk doh, menggoreng donut dan menghias donut dengan kaedah-kaedah yang betul dan juga penetapan masa yang betul.

 

Program Pendidikan dan Kerjaya Swadaya Insan Johor Siri 3/2018 Peringkat Daerah Pontian

23 April 2018: Kelas Integrasi terlibat dalam pameran produk makanan di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Sebanyak 6 buah sekolah PPKI Pontian yang terlibat dalam penghasilan produk. PPKI SMK Sri Kukup telah mempamerkan produk biskut seperti Coklat Chip,Butter Chip,Dahlia, Popia Udang Kering dan Popia Nestum yang sesuai untuk gubahan perkahwinan,majlis hari lahir, jualan di sekolah, di hantar ke kedai makan dan kedai runcit dan sebagainya. Hasil produk di bawah koperasi Pendidikan Khas Pontian. Tahniah PPKI SMK Sri Kukup.

Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2018

8 sehingga 11 April 2018 berlangsungnya Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor di Stadium Sultan Ibrahim Muar. PPKI SMK Sri Kukup telah menghantar 2 orang wakil iaitu Muhammad Asnizam Abas dan telah memperoleh 2 pingat Perak bagi acara 4x100m dan 4x400m kategori masalah pembelajaran. Manakala Wahida Kamaruzaman telah memperoleh 1 pingat Perak bagi acara Lontar Peluru kategori masalah penglihatan. Tahniah kepada jurulatih Encik Ismail Adam dan atlet yang terlibat.