Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Oleh Kumpulan Muafakat Gemilang 1KAA

6 Mei 2018: Kumpulan Muafakat Gemilang 1 KAA merupakan satu inisiatif Sarana Ibu Bapa dalam memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah. Kumpulan ini diwujudkan oleh kehendak ibu bapa penjaga 1KAA sendiri dengan Tuan Pengetua Sebagai Penasihat dan dipengerusikan oleh En. Khairul Imran Bin Ramlan.

Majlis ramah mesra bersama pemimpin yang dianjurkan oleh kumpulan ini adalah sebagai bukti betapa seriusnya kumpulan ini bagi memberi sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap kerjasama erat dengan pihak sekolah.

Kesudian Dato’ Sri Wee Jeck Seng dan Dato’ Hj. Othman Bin Yusof hadir dalam majlis ini cukup memberi makna kepada semua ibu, bapa dan penjaga tingkatan 1KAA. Dalam ucapan oleh pengerusi Kumpulan Muafakat Gemilang, beliau mensasarkan sekurang-kurangnya 30% darpada murid 1KAA akan memperoleh “Perfect Score” dalam PT3 nanti. Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Dato’ Hj. Othman Bin Yusof beliau mengucapkan tahniah atas usaha Kumpulan Muafakat ini dan berjanji akan turut memberikan kerjasama yang perlu bagi menjamin keselesaan murid dan seterusnya ke arah pendidikan yang berkualiti.    Kukup Juara

Mesyuarat Pengurusan Pembantu Makmal Bil 1/2018

6 Mei 2018: Mesyuarat Pengurusan Pembantu Makmal telah dijalankan di Bilik Gerakan SMKSK dengan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Arbain Bin Miswan, Pengetua SMKSK. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah GPK Pentadbiran dan GK Sains dan Matematik.

Antara agenda yang dimesyuaratkan kali ini adalah berkaitan fail meja pembantu makmal.Turut dibincangkan beberapa penambah baikan tugas dalam pegurusan 2018. Semoga pengurusan 2018 yang telah melalui bulan ke-4 akan lebih cekap di masa akan datang.

Karnival Bahasa Inggeris “Poetry Recital Competition” 2018

2 Mei 2018: SMKSK telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Inggeris bagi acara “Poetry Recital Competition” yang telah dijalankan di Dewan Sri Kemuning. 11 daripada 17 buah sekolah telah berentap bagi mencari bakat terbaik antara sekolah menengah seluruh daerah Pontian.

Bagi pasukan SMKSK, tahniah kerana telah memberikan saingan yang hebat dalam pertandingan tersebut. Semoga ianya akan memberikan suntikan motivasi dan semangat agar kejayaan akan dicapai pada tahun akan datang.

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang bekerja keras dalam memastikan penganjuran ini dapat dijayakan dengan sempurna. Kukup Juara.

ORIENTASI TINGKATAN 6 SEMESTER 1 (SESI 2018/2019)

02 Mei 2018– Unit Tingkatan 6 SMK Sri Kukup telah menjalankan minggu orientasi Tingkatan 6 Semester 1 bagi sesi 2018/2019. Program orientasi ini akan berlangsung selama 2 minggu, dan dijangka tamat pada 17 Mei 2018.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai budaya sekolah. Disamping itu ianya diharap mampu membina keyakinan dan semangat pelajar untuk terus belajar. Pengenalan subjek STPM setra pakej yang ditawarkan juga diperkenalkan semasa minggu orientasi ini dijalankan. Program ini dimulakan dengan Amanat Pengetua dari Tn Hj Arbain bin Miswan. Diharap program seperti ini mampu membina sikap positif para pelajar ke arah transformasi pendidikan Tingkatan Enam.

“KUKUP JUARA”