Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Daerah Pontian 2018

14.5.2018 telah berlangsungnya MTQ P.Khas Daerah Pontian di SK Andek Mori. Sebanyak 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al- quran, hafazan,syarahan, bercerita dan azan Subuh. Pelajar PPKI SMKSK telah menghantar wakil untuk pertandingan Hafazan fan Azan Subuh. Dan WahidaKamaruzzaman telah mendapat Johan pertandingan Hafazan kategori BL dan Najwan Qayyum juga telah mendapat Johan pertandingan Azan Subuh. TAHNIAH diucapkan kepada perserta dan warga PPKI SMKSK.

Bengkel Asas Pengaturcaraan Robot “Rero Jr”

4 Mei 2018: Kelab Robotik SMKSK telah menganjurkan Bengkel Asas Pengaturcaraan Robot “Rero Jr” bertempat di Studio GKT bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel yang disertai oleh 10 orang ahli Kelab Robotik ini bertujuan memberi peluang kepada ahli kelab untuk mempelajari asas pengaturcaraan dalam robotik sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor yang bakal diadakan pada bulan Julai ini di UTHM Batu Pahat.

Kelab Robotik SMKSK juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih jemputan iaitu Encik Lee dari Master Maker Centre, Batu Pahat atas bimbingan yang diberikan sepanjang bengkel ini diadakan. Semoga ilmu yang diberikan dapat diaplikasikan dan dimanfaatkan.

Ke-3 Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Pontian

6 Mei 2018: SMKSK telah menyertai Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Pontian. Pada peringkat suku akhir, pasukan sekolah bertemu pasukan SMA Bugisiah dengan kemenangan berpihak kepada SMKSK. Pada peringkat separuh akhir pula SMK SK bertemu dengan pasukan SMKDPB. Malangnya, SMKSK kalah pada pusingan ini. Justeru itu, SMKSK hanya berjaya mendapat tempat ke-3 pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana telah berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat separuh akhir dan mendapat tempat ke-3.

Kukup Juara!

Laporan dan gambar oleh Cik Tan Seu Lee

 

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris 2.0 Anjuran YPJ dengan Kerjasama JKD 2018

7 Mei 2018: Program Pengukuhan Bahasa Inggeris 2.0 Anjuran YPJ dengan Kerjasama JKD 2018 telah dilaksanakan di Bilik Bahasa SMKSK. Pada tarikh ini semua sekolah menengah di daerah Pontian didatangi dengan guru-guru Bahasa Inggeris dengan strategi guru sekolah lain membantu sekolah yang telah disusun oleh JKD.

Bagi SMKSK, Cik Kumuthamalar daripada SMK Benut telah diarahkan untuk menjalankan program di sini. Sasaran bagi program ini adalah seramai 30 orang calon SPM terpilih sahaja.

Antara objektif program ini adalah bertu­juan menjayakan lagi Pem­be­la­jaran Abad Ke-21 untuk me­ningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar selain daripada persediaan kearah kecemerlangan Bahasa Inggeris dalam SPM nanti.