Latarbelakang Asrama

Asrama SMK Sri Kukup

Asrama Sekolah Sri Kukup mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada 1984, untuk menampung pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Pada masa itu penghuninya 50 orang sahaja. Tingkat 2 dihuni oleh pelajar-pelajar perempuan sementara tingkat 1 dihuni oleh pelajar-pelajar lelaki.
Sejak 1993, asrama ini telah menempatkan 32 orang pelajar RKA (Rancangan Khas Agama). Pada tahun berikutnya, ia bertambah menjadi 68 orang dan pada tahun 1995 ia ditambah sehingga 106 orang.

Sessi 1996/97 pelajar RKA atau KAA(Kelas Aliran Agama) seramai 103 orang dan pada tahun 1998 keseluruhan pelajar berjumlah 108 orang. Manakala tahun 1999 keseluruhan pelajar yang menghuni asrama seramai 104 dan ianya menurun pada tahun 2000 kepada 93 orang.
Pelajar – Pelajar ini kebanyakannya akan meninggalkan asrama dan berpindah ke sekolah lain untuk menyambung pelajaran mereka samada ke sekolah aliran agama atau sekolah teknik.