Kata Alu-aluan

 

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya dapat laman web sekolah dapat disiapkan. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menempelkan  kata-kata di ruangan  ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam  mengakses  laman web sekolah ini untuk mendapat dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Selain itu, laman web ini juga dapat membantu ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat dan melihat segala aktiviti yang berjalan di sekolah ini.

Laman web ini adalah wadah berita dan dokumentasi yang memuatkan segala aktiviti, memori, nostalgia dan peristiwa persekolahan sepanjang tahun. Di samping itu berfungsi sebagai satu media rasmi rujukan oleh guru, murid dan ibu bapa. Semoga dengan terbinanya laman web ini akan memudahkan para pengunjung megekses maklumat yang diperlukan.

Saya berharap agar laman web ini akan berkembang dari semasa ke semasa dan memberikan seberapa banyak maklumat pendidikan serta mewujudkan komuniti maya antara warga sekolah dan masyarakat.

Sekian, terima kasih

HJ. ARBAIN BIN MISWAN                                                                                           Pengetua SMKSK