Falsafah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan WARGANEGARA MALAYSIA yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

 

FALSAFAH SEKOLAH


Bahawasanya….

  • para pelajar sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Oleh itu peluang seluas-luasnya patut diberikan demi perkembangan intelek mereka.
  • golongan pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan professional untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan menyeluruh serta bermutu bagi memajukan pelajaran.
  • sekolah ini berkeupayaan menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan insan yang boleh memberikan sumbangan positif kepada agama, bangsa dan negara.