Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2021

16 Jun 2022: Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2021 telah menyaksikan seramai 13 orang pelajar cemerlang (9 orang 5A, seorang 6A, 2 orang 7A dan seorang 9A) . Keputusan kali ini didapati agak merosot berbanding SPM 2020 samada pencapaian dari segi GPS mahupun LMS. Walau bagaimanapun pihak pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam memastikan anak didik kita mencapai keputusan yang optimum mereka dengan banyak faktor kekangan yang terpaksa ditempuhi terutamanya akibat PKP dan sukatan baru KSSM. Semoga dengan keputusan ini yang menjadi TOV sekolah akan dapat memastikan kecemerlangan SPM 2022. Terima kasih cikgu 

Program Mohon Restu & Bacaan Yassin Calon STPM Sememster 2

22 Oktober 2021: Program Mohon Restu & Bacaan Yassin Calon STPM Sememster 2 telah dijalankan melalui Youtube Live. Ibu bapa dan masyarakat setempat turut dijemput untuk sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak calon STPM ini.

Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau mengharapkan agar semua pelajar dapat memberi fokus sepenuhnya kepada peperiksaan disamping perlu waspada terhadap wabak Covid-19 yang sedang melanda. Semoga semua calon STPM memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Libat Urus Pembukaan Sekolah Untuk Ibu Bapa dan Murid SMK Sri Kukup

20 Oktober 2021: Taklimat persediaan pembukaan sekolah untuk pelan fasa pemulihan Fasa 3 dan 4 telah diberikan kepada ibu bapa dan penjaga serta murid SMK Sri Kukup melalui Youtube Live. Dalam taklimat tersebut persediaan umum, keselamatan murid dan kaedah penggiliran murid telah dijelaskan oleh En Zulkurnain (Pengetua), En Ariffin (GPK Pentadbiran) dan Pn Johana (GPK HEM).

Semoga dengan aktiviti libat urus ini memberikan manfaat dan input yang berguna kepada ibu bapa dan murid bagi memastikan aktiviti penggiliran, belajar kendiri dan PdPR dapat bejalan dengan sempurna.

Selamat Kembali Ke Sekolah

10 Oktober 2021 : Seramai 24 murid tingkatan 6 atas dan 8 orang murid Pendidikan Khas telah memulakan kembali persekolahan mereka setelah hampir 4 bulan sekolah terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendemik covid-19.

Sebelum ini pihak sekolah telah membuat persediaan rapi bagi memastikan SOP yang ketat KPM dipatuhi oleh semua murid, guru, AKP dan pekerja sokongan sekolah sepanjang keberadaan di sekolah.

Turut hadir dalam memastikan kelancaran hari pertama persekolahan ini ialah Cik Nurul Huda binti Talip (Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid JPN Johor), En Yusaini bin Kasiron (SISC+ PPD Pontian) dan Tn Hj Zahrullail (YDP PIBG).

Secara keseluruhannya, daripada hasil pemantauan yang dibuat mereka berpuas hati dengan perjalanan pengoperasian sekolah mengikut garis panduan SOP yang disedikan oleh KPM.