Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Daerah Pontian 2018

14.5.2018 telah berlangsungnya MTQ P.Khas Daerah Pontian di SK Andek Mori. Sebanyak 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al- quran, hafazan,syarahan, bercerita dan azan Subuh. Pelajar PPKI SMKSK telah menghantar wakil untuk pertandingan Hafazan fan Azan Subuh. Dan WahidaKamaruzzaman telah mendapat Johan pertandingan Hafazan kategori BL dan Najwan Qayyum juga telah mendapat Johan pertandingan Azan Subuh. TAHNIAH diucapkan kepada perserta dan warga PPKI SMKSK.

Projek Kuih Siput Kelas Integrasi

Projek Kuih Siput Kelas Integrasi bertujuan murid dapat kemahiran menggentel (motor halus) atau membentuk kuih siput dengan menggunakan alat dengan cara yang betul. Kuih siput yang telah siap digoreng akan disira dengan

sambal dan dijual dengan harga RM 0.50 sen. Dalam masa 1 hari Kelas Integrasi akan membuat 4 kg kuih siput untuk jualan dalam sekolah dan di luar sekolah.

Projek Donut Coklat Kelas Integrasi


4 April 2018: Kelas Integrasi telah menjalankan Projek Donut Coklat iaitu pada waktu Kokurikulum bagi Kelab dan Persatuan pada hari Rabu. Objektif utama adalah supaya murid mengetahui teknik membuat donut dengan betul untuk pasaran dalam sekolah dan di luar sekolah. Murid mempelajari cara /teknik menghasilkan doh, menguli doh, membentuk doh, menggoreng donut dan menghias donut dengan kaedah-kaedah yang betul dan juga penetapan masa yang betul.