Webinar TVET Siri 1/2021: Forum Menjana Kecemerlangan TVET

Print Friendly, PDF & Email

08 September 2021: Webinar TVET Siri 1/2021: Forum Menjana Kecemerlangan TVET anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah bersiaran secara langsung melalui Youtube Live pada jam 02:30 petang. Webinar ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sahilon bin Abdul halim, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPNJ.

Panel yang diundang dalam webinar ini terdiri daripada En Kamarudin bin Abu (KPPK TVET, Sektor Pembelajaran JPNJ), Pn Tazrina binti Ahmad (Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor), Pn Noor Ruzilawati binti Ruddin (Pengurus Besar Yayasan Johor Cooperation) dan yang paling hebat En Zulkurnain bin Abdul Rahman (Pengetua SMK Sri Kukup)

Perbincangan lebih berfokus kepada memperkasa TVET di sekolah dan memberikan keyakinan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat supaya tidak menjadikan TVET ini sebagai pilihan ke-2 dalam pendidikan. Data-data tentang kejayaan di alam pekerjaan yang dicapai hasil daripada pembelajaran TVET di sekolah  membuktikan hala tuju yang jelas daripada Dasar Pendidikan Negara.

Harapan daripada En kamarudin bin Abu supaya mata pelajaran TVET dapat diperbanyakkan lagi di sekolah-sekolah negeri Johor kerana TVET merupakan mata pelajaran yang boleh mendidik murid ke arah kerjaya sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *