LDP Kerjasama SMKDAHA

12 Ogos 2021: LDP Anjuran SMK Dato’ Ali Hj Ahmad memberikan peluang kepada warga SMK Sri Kukup untuk bersama menjyertainya. Tajuk yang disampaikan “Hikmah PdPR vs Kembara Memburu Hikmah”. 

Beliau menceritakan pengalamannya Tentang kisah Pengembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal. Mereka mampu mengayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan sebanyak RM1,900 sahaja. Sangat luar biasa! Dengan kos sebanyak itu, mereka suami isteri dapat pergi menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah berdua. Siap dengan ‘pakej’ “Honeymoon” lagi selama 15 bulan ke 13 buah negara sebelum sampai ke Mekah.

Kisah ini memberikan gambaran bagaimana dalam situasi yang sukar tetapi dengan keinginan, keazaman dan cita-cita segalanya boleh dicapai asalkan kita bersungguh-sungguh dan ikhlas. Semoga kisah ini akan memberikan impak pada guru bagi memastikan kejayaan murid melalui pengajaran PdPR yang sukar.

Terima kasih SMKDAHA kerana memberi peluang kepada warga SMKSK. 

Seminar BEST Matematik SPM Bersama Tutor Raj CMN Academy

 

12 Ogos 2021 : Seramai 87 orang murid SMKSK telah mengikuti satu siri seminar secara atas talian anjuran Unit Kurikulum SMKSK dengan kerjasama CMN Academy. Turut menyertai dalam seminar tersebut ialah guru-guru matematik SPM SMKSK. 

Seminar BEST (Beyond Expectation Student Tutoring) Matematik ini membawa topik Sukatan Serakan Data Terkumpul dengan memfokuskan kepada nilai min dan sisihan piawai bersama Tutor Raj. Seminar ini diberikan secara percuma oleh CMN Academy di bawah tajaan University Of Cyberjaya dan Cberjaya College Central.

Hasil dapatan daripada peserta, rata-rata mereka amat tertarik dengan gaya dan isi kandungan yang disampaikan oleh tutor Raj. Walaupun topik yang disampaikan agak berat, semua peserta dapat memberikan fokus yang baik. Diakhir seminar murid boleh membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari daripada seminar tersebut.

Terima kasih kepada CMN kerana dapat memberikan jalinan rakan strategik kepada SMK Sri Kukup. Terima kasih juga kepada penyelaras program Cikgu Norhuda atas inisiatif mengaturkan perjalanan penganjuran seminar ini. Semoga memberikan impak yang positif kepada semua calon SPM.