Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2019

05 Mac 2020: Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2019 yang dijalankan di Dewan Tingkatan 6 telah menyaksikan kejayaan SMKSK menghasilkan “Perfect Score” dua tahun berturut-turut. Pelajar aliran sains tulin bernama Nurul Fatiha binti A. rahman telah memperoleh 9A (6A+ & 3A).

Terima kasih kepada semua guru samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mendidik anak-anak SPM 2019.

Tahniah kepada panitia-panitia yang menyumbangkan peningkatan GPMP.

Walaupun secara keseluruhannya GPS & peratus SPM 2019 merosot berbanding 2018 tetapi sebenarnya itulah tahap paling optimum mereka.

Terima kasih atas usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa walaupun kita tahu TOV mereka amat rendah berbanding TOV SPM 2017 & 2018.

Marilah kita teruskan usaha kita untuk memastikan anak-anak SPM 2020 berjaya dengan lebih baik.

Terima kasih.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis sila klik  DI SINI.