23 Februari 2020: Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada majlis ini Sub Inspector Armila binti Johari, Ketua Balai Polis Permas telah berbesar hati untuk membuat pelancaran di SMKSK.
- Membantu mencegah salah laku disiplin
- Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah
- Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah
Dalam majlis ini juga Watikah Perlantikan Pengawas telah dijalankan bagi sesi 2020. Kesemua pengawas telah berikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.