8 Ogos 2020 Majlis Sekalung Budi, Seindah Kenangan Bersama Pelajar Asrama SMK Sri Kukup diadakan bertujuan untuk meraikan Puan Rofiah binti Wahid yang telah dinaikkan pangkat menjadi GPK 1 di SMK Pekan Nenas berkuatkuasa pada 13 September 2020. Majlis yang diadakan di Dewan Al Khautsar ini disambut secara sederhana namun meriah. Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau sebagai GPK HEM di SMK Sri Kukup. Sesungguhnya, HEM merupakan antara individu penting yang berperanan menguruskan sesebuah asrama. Sumbangan beliau selama 2 tahun 8 bulan 10 hari amatlah dihargai oleh pihak sekolah. Pihak sekolah khususnya asrama SMK Sri Kukup ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau. Semoga pelantikan beliau sebagai GPK 1 akan memberikan semangat baharu untuk beliau terus cemerlang melaksanakan amanah yang diberikan. Terima Kasih Puan Rofiah Wahid.
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan