10 November 2019: Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Cikgu Azman Sarmo telah diadakan dengan cukup meriah dan bermakna di Dewan Terbuka dengan tema warisan melayu. Beliau bersama isterinya diraikan dengan penuh adat warisan melayu sebagai tanda menghargai jasa beliau yang telah menabur bakti sebagai pendidik di SMKSK selama 28 tahun.
Dalam ucapan yang diraikan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen guru-guru dan staf sokongan selama beliau di SMKSK. Beliau mendoakan agar SMKSK akan terus cemerlang samada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Dalam majlis ini juga beliau sempat mendendangkan lagu berduet dengan bekas rakan sejawat Cikgu Lokman. Tahniah cikgu Azman, semoga beliau akan terus kekal aktif menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, InsyaAllah.
Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis, sila klik DI SINI.