Karnival Mini TVET 2019 Negeri Johor

31 Oktober 2019: Karnival Mini TVET (Technical and Vocational Education and Training) 2019 Negeri Johor yang dijalankan di SMK Sri Kukup telah sempuran dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis ini, Tuan Haji Azman bin Adnan, Pengarah JPN Johor dan Pn. Sallina binti Hussain, Timbalan Pengarah Pembelajaran JPN Johor.

Disamping merasmikan Karnival Mini TVET ini, beliau juga berbesar hati merasmikan bangunan blok Tingkatan 6 yang telah siap dibina pada tahun 2018.

Objektif diadakan Karnival Mini TVET ini antaranya ialah:

  • Meyakinkan masyarakat bahawa TVET bukan merupakan mata pelajaran pilihan ke-tiga
  • Meyakinkan masyarakat pentingnya TVET begi menghasilkan sebuah negara maju
  • Memupuk minat murid dalam TVET

Sila klik   DI SINI  untuk melihat galeri gambar sekitar Karnival

Jamuan Akhir Tahun Asrama

23 Oktober 2019: Jamuan Akhit Tahun Asrama SMKSK telah diadakan di Pusat Informasi Pelancongan Pontian. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi KSIB, barisan pentadbir dan semua ajk asrama.

Walaupun sambutan agak sederhana tapi segalanya cukup meriah dan bermakna. Semoga pengurusan asrama tahun 2020 akan lebih hebat. “Kukup Juara”

Bulan Sukan Negara

23 Oktober 2019: Bulan Sukan Negara telah dilancarkan hari ini dengan aktiviti senamrobik bersama seluruh warga SMKSK. Bulan Sukan Negara merupakan satu kempen dari Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia.

Antara objektif diwujudkan Bulan Sukan Negara:

  1. Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat
  2. Memupuk semangat sukan
  3. Meningkatkan pengetahuan sukan

Pemantauan Pegawai JPNJ Ke Asrama SMKSK

20 Oktober 2019: Pemantauan asrama SMKSK oleh En Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid JPN Johor telah dijalankan. Sepanjang pemantauan ini, beliau melihat pengurusan keseluruhan daripada dapur asrama sehinggalah ke bilik penginapan.

Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan tahap pengurusan yang telah dijalankan. Semoga asrama SMKSK terus cemerlang. “SMKSK Juara