31 Julai 2019: Bengkel Menjawab Soalan Sejarah SPM merupakan salah satu program peningkatan kecemerlangan akademik calon SPM 2019. Seramai 80 orang murid teriplih untuk sasaran khusus bagi membantu peningkatan GPMP Sejarah.
Pn. Sharifah Ain daripada SMK Dato’ Penggawa Barat telah sudi berkongsi ilmu kepakaran beliau sebagai fasilitator sepanjang perbengkelan ini.
Antara objektif kursus:
- Supaya pelajar dapat mengaplikasi segala teknik yang diperolehi dari bengkel bagi meningkatkan jumlah pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah
- Supaya pelajar dapat memberi jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan.
- Supaya pelajar dapat membuat pembahagian masa yang betul semasa menjawab soalan.