KEJOHANAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS DAERAH PONTIAN 2019

Pada 29 Julai 2019, pasukan PPKI SMK Sri Kukup telah menghantar 2 pasukan kategori Lelaki Senior dan Lelaki Junior dalam Kejohanan Petanque Pendidikan khas Daerah Pontian di SMK Benut. Alhamdulillah PPKI SMK Sri Kukup telah mendapat Perak bagi Kategori Senior Lelaki. Tahniah diucapkan kepada Fairizuddin Ainul Hakim dan Muhammad Fazirul Fitri yang telah memenangi kategori tersebut.

Dialog Prestasi Kelas SPM 2019

15 – 18 Julai 2019: Unit Kurikulum di bawah Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah telah menjalankan Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua kelas calon SPM 2019. Dialog Prestasi ini lebih menjurus kepada sasaran setiap kelas dengan jadual pelaksanaannya disusun satu persatu.

Dialog Prestasi Kelas yang dijalankan ini merupakan perbincangan berfokus dua hala kepada setiap kelas untuk menyemak prestasi dan isu-isu berkaitan berdasarkan data dan fakta serta diakhiri dengan satu set langkah-langkah yang konkrit tindakan susulan.

Semoga usaha ini akan memberikan impak yang terbaik untuk melahirkan calon cemerlang SPM SMK Sri Kukup. “Kukup Juara”