Pemeriksaan Program Dasar KPM Oleh Jemaah Nazir ke SMKSK

25 April 2019: Seramai 4 orang pegawai nazir yang diketuai oleh Dr Hamid bin Idris  telah membuat pemeriksaan aktiviti sokongan profesional pelaksanaan dasar / program oleh PPD Pontian kepada SMKSK. Mereka telah berkampung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 April 2019.

Dalam mesyuarat penutup, Tn Hj Wahid (Ketua unit sektor akademik PPD), Tn Hj Arbain Miswan (SIP+  PPD), 4 orang pegawai SISC+  PPD, barisan pentadbir dan guru-guru bimbingan SISC+ tahun 2017 / 2018 telah turut sama hadir.

Secara keseluruhannya mereka berpuas hati dengan impak yang terhasil daripada program bimbingan SISC+ . Mereka juga mengharapkan agar SMKSK terus mencipta kecemerlangan. “Kukup Juara”

Program “Jom Membaca 10 Minit”

23 April 2019: Program “Jom Membaca 10 Minit” telah dijalankan di sekolah pada jam 11.00-11.10 pagi. Pada masa ini semua warga SMKSK menjalankan aktiviti membaca secara serentak.

Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat yang membudayakan tabiat membaca iaitu “NILAM”. Pada tahun ini, kesemua perpustakaan awam negeri melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 23 April 2019 pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi.

Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 SMKSK

21 April 2019: Tahniah kepada 8 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 iaitu, Pn Norhuda binti Musa, Tn. Hj. Sukri bin Osman, En. Mohd Fiaraman bin Adam, Pn. Norirmaliza binti Ahmad, Pn. Nur Akmal binti Abu Bakar, Ust Omar bin Maidin, Pn. Rashidah binti Yunos dan Pn. Mariana binti Mustari.

Majlis Anugerah telah disempurnakan oleh En Ab Rahim bin Lamin, Ketua Sektor , Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Dewan Seri Gemilang SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian.

Semoga akan terus cemerlang. “Kukup Juara”

Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi Tn Hj Arbain Miswan

20 April 2019: Acara kemuncak Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi sempena perpisahan Tn Pengetua, Tn Hj Arbain Bin Miswan telah dijalankan di dewan Tingkatan 6 SMKSK. Majlis perpisahan sebelum ini telah dijalankan dalam 3 slot iaitu bersama warga asrama pada 10 April 2019 dan majlis bersama pelajar pada 18 April 2019.

Sesungguhnya warga SMKSK kini kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau mempunya misi dan visi yang jauh kehadapan. SMKSK kini berada pada landasan yang terbaik untuk meneruskan kecemerlangan. Di bawah kepimpinan beliau, GPS PT3 dan SPM sentiasa terus meningkat disamping mengekalkan rekod 100% lulus dalam STPM. Beliau juga telah menyumbang secara khusus dalam memastikan peningkatan GPMP Bahasa Melayu SPM.

Beliau telah mula berkhidmat di SMKSK semenjak 15 September 2015 iaitu selama 3 tahun 6 bulan. Lantikan beliau sebagai SIP+  di PPD Pontian bermula 1 April 2019 membuktikan betapa kehebatan beliau ditagih bagi meningkatkan kecemerlangan daerah Pontian.

Semoga beliau akan terus cemerlang. Selamat maju jaya. “Kukup Juara”

Untuk melihat gambar-gambar suasana sekitar majlis perpisahan, sila klik  DI SINI