31 Mac 2019: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 SMKSK telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Dr. Mohamed Farid bin Md. Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam ucapan beliau, beliau berasa bangga dengan pencapaian yang menunjukkan peningkatan GPS yang hebat dalam PT3 dan SPM. Selain itu pengekalan lulus 100% dan peningkatan PNGK dalam matapelajarn STPM juga amat memberangsangkan. Ini membuktikan SMKSK kini berada di landasan yang betul ke arah sekolah yang akan sentiasa menunjukkan kecemerlangan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah termasuk PIBG dan masyarakat setempat.
Beliau juga dengan sukacitanya telah memaklumkan bahawa terdapat 6 buah sekolah di bawah KPM yang telah diluluskan pembinaan sebuah dewan dan SMSK adalah antara sebuah sekolah daripada 6 buah sekolah itu yang telah diluluskan untuk tujuan pembinaan Dewan Terbuka. Selaian itu beberapa peruntukan khas untuk SMKSK juga telah diluluskan untuk tujuan peralatan ict dan kecemerlangan pelajar.
Beliau juga berbesar hati untuk menyampaikan hadiah dan sijil anugerah kepada 38 pelajar cemerlang PT3, SPM dan STPM 2018. Semoga ianya akan memberikan satu suntikan semangat kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka nanti.
Sila klik DI SINI untuk melihat gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kecemerlanagan PT3, SPM & STPM