Dialog Prestasi Percubaan SPM 2018

2 Oktober 2018: Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM telah dijalankan di Dewan Tingkatan 6 dengan turut dihadiri oleh 3 orang Pegawai PPD Pontian, En. Fauzan, En Yusaini dan Cik Surena. Semua GPK, kaunselor dan guru-guru matapelajaran telah hadir bagi memastikan dialog prestasi ini memberikan impak yang terbaik.

Secara keseluruhannya pencapaian calon SPM dalam peperiksaan percubaan telah menunjukkan pola yang cukup positif samada dari segi peratus lulus, GPS dan bilangan murid perfect score. Selain itu bilangan calon yang tidak layak sijil juga dapat dikecilkan. Pola ini adalah berdasarkan perbandingan dengan AR3 tahun 2017 dan SPM 2017.

Semoga unjuran yang dijangka ini akan membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua guru atas segala usaha yang dijalankan. “Kukup Juara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *