TEKNIK MENJAWAB SOALAN BI (TARGET LULUS)

20 Oktober 2018: Panitia Bahasa Inggeris, SMKSK telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM di Dewan Tertutup sekolah. Program ini disasarkan khusus untuk murid-murid target lulus. Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM 2018.

Laporan oleh Cikgu Chew Jian Yong

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BI SPM 2018 (TARGET CEMERLANG)

19 Oktober 2018: Panitia Bahasa Inggeris SMKSK telah menganjurkan Program Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM untuk murid-murid target cemerlang bertempat di Dewan Tertutup sekolah. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM 2018. Program Teknik Menjawab Soalan untuk murid-murid target lulus pula akan diadakan pada hari esok.

Laporan oleh Cikgu Chew Jian Yong

MINGGU STEM TEKVO SMKSK 2018

18 Oktober 2018: Minggu STEM TEKVO SMKSK 2018 telah berlangsung dengan jayanya selama 1 minggu iaitu bermula 10 Oktober hingga 17 Oktober 2018. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh panitia-panitia di bawah Bidang Teknik dan Vokasional. Sila tonton video di bawah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Laporan oleh Cikgu Indrawati binti Tumudi

TEKMENSO GKT SPM SIRI 2

15 Oktober 2018: Panitia Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) SMKSK telah menganjurkan Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan GKT Siri 2 pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Studio GKT SMKSK. TekMenSo kali kedua ini diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada calon-calon GKT SPM 2018 tentang teknik-teknik menjawab soalan GKT yang betul dan tepat. Ceramah dan bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu En Mohd Kamaruzaman bin Noruldin yang merupakan Guru Cemerlang GKT dari SMK Ayer Baloi. Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua calon GKT dalam SPM 2018.

Laporan oleh Cikgu Indrawati binti Tumudi