Majlis Hari Terbuka dan Sambutan Hari Raya 2018

15 Julai 2018: Majlis Hari Terbuka dan Sambutan Hari Raya 2018 telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Sri Gemilang dan Dewan Sri Kemuning.

Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 majlis dimulakan dengan taklimat Tuan Pengetua kepada ibu bapa dan murid berkaitan pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan tahun dan intervensi yang bakal dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sementara itu bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4 slot motivasi di Dewan Sri Gemilang oleh kaunselor sebagai pengisian sebelum ketibaan penjaga yang dijemput pada jam 9.30 pagi.

Ibu bapa diagihkan hidangan ringkas dan kuih muih hari raya sementara menunggu giliran perbincangan bersama Guru Tingkatan.

Bagi calon “Perfect Score” PT3, SPM dan STPM 2018 pula, semua calon bersama ibu bapa diberikan taklimat khusus oleh GPK Pentadbiran dan GPK Tg6 di Dewan Makan Asrama.

Terima kasih kepada semua penjaga atas kehadiran yang memberangsangkan (77.58%). Semoga segala usaha ini akan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid dalam bidang akademik. “Kukup Juara”

Klik  di Sini untuk melihat gambar seterusnya.

Majlis Lembayung Budi “Sesaat Bersama Berabad Terasa” Tn. Hj. A. Rahim Bin A. Rahman

1 Julai 2018: Majlis Lembayung Budi “Sesaat Bersama Berabad Terasa” Tn. Hj. A. Rahim Bin A. Rahman telah dijalankan di Dewan Sri Gemilang SMKSK sempena hari terakhir perkhidmatannya sebagai seorang guru.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah mantan Pengetua, mantan Guru Penolong Kanan dan bekas pendidik SMKSK yang telah bersara.

Dengan berkonsepkan Islamiah dan tema hitam putih, yang diraikan telah diiringi dengan selawat oleh 50 orang Tahfiz Imam Jaafar menuju ke Dewan Sri Gemilang.

Aturcara seterusnya adalah Nasyid, Bacaan Al-Quran dan tayangan multimedia yang mengumpulkan sejarah beliau berkhidmat sebagai seorang guru. Majlis menjadi sayu apabila dendangan nyanyian ditujukan khas kepada yang diraikan oleh pelajar Tingkatan 6 yang mendendangkan lagu tentang keistimewaan insan yang diraikan.

Berikut adalah sejarah pendidikan beliau:

  1. Pendidikan awal:
    • Primary 1: Serkat Primary English School, Pontian (1971)
    • Primary 2: Salak South Primary English School Sungai Besi (1972)
    • Primary 4: Terendak Camp Primary English School, Melaka (1974)
    • Primary 6: Tengku Mahmood (1) Primary English School Kluang (1976)
  2. pendidikan Menengah:
    • Form 1-5: Secondary English School, Melaka (1973)
    • Form 6: High School Batu Pahat (1978)
  3. Ijazah Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Pertanian Malaysia.(1980-1985)
  4. Sejarah Perkhidmatan
    • Telah berkhidmat sebagai pendidik selama 32 tahun 11 bulan 1 hari
      • Guru Bimbingan dan kaunseling (1/7/1985 – 15/3/1994) di SMK Sri Kukup
      • GK Kemanusiaan dan Kemasyarakatan (16/3/1994 – 15/3/2000) di SMK Sri Kukup
      • Penyelia Petang (16/3/2000 – 28/2/2002) di SMK Sri Kukup
      • Penolong PPD Sektor Khidmat Sokongan & Pembangunan Kemanusiaan PPD Pontian (1/3/2002 – 31/10/2002)
      • GPK HEM SMK Sri Kukup (1/11/2002 – 28/2/2007)
      • GPK Pentadbiran SMK Sri Kukup (1/3/2007 – 31/12/2014)
      • Guru Penolong SMK Sri Kukup (1/1/2015 – 1/7/2018)
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC): 1996, 2004, 2009 dan 2014

 

Bimbingan SKPMg2 Oleh JNJK

28 Jun 2018: Bertempat di Dewan Seri Gemilang SMK Dato’ Penggawa Baratat, 6 orang pentadbir dan setiausaha SKPMg2 SMK Sri Kukup yang terdiri daripada Pengetua, GPK1, GPK Kokurikulum, GPK Tingkatan 6 dan Setiausaha telah mengikuti siri bimbingan SKPMg2  bersama 2 orang pegawai JNJK.

Antara perkara yang dibimbing adalah:

  1. Pihak sekolah menggunakan SKPMg2 sebagai panduan mengurus sekolah.
  2. Bimbingan membantu menjelaskan isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam pelaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah.
  3. Bimbingan yang dilaksanakan membantu meningkatkan kefahaman pelaksanaan penilaian kendiri sekolah menggunakan SKPMg2.