Iftar Asrama Bersama Warga SMKSK 2018

6 Jun 2018: Seramai 63 orang pelajar asrama dan 30 guru telah menyertai program Iftar Jamaie dan Solat Hajat Tarawih di Surau SMKSK. Turut hadir ialah Tok Penghulu Mukim Ayer masin dan Mukim Serkat.

Program anjuran Asrama, Panitia Agama Islam dan Unit HEM ini dimulakan dengan majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa dengan buah tamar dan kuih sebagai pengalas perut sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Acara ini diteruskan dengan Iftar Jamaie dimanasemua tetamu dihidangkan dengan beraneka juadah berbuka puasa di Dewan makan asrama SMKSK.

Program diteruskan dengan solat isyak dan solat terawih yang diimamkan oleh pelajar Tingkatan 6.

Sementara itu, dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga asrama dan warga SMKSK. Kukup Juara.

Ziarah & Penyampaian Sumbangan Warga SMKSK Untuk Mangsa Kebakaran

6 Jun 2018: Pihak pentadbir sekolah telah melawat keluarga pelajar Faresha Ezatul (Tingkatan 1) yang telah mengalami musibah akibat kebakaran pada hari semalam. Kebakaran berpunca daripada litar pintas dan tidak melibatkan kecederaan ahli keluarga kerana kejadian berlaku sewaktu semua ahli keluarga tiada di rumah.

Pihak sekolah telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada ibu, bapa mangsa. Semoga keluarga ini tabah menerima dugaan Illahi dalam kesibukan bagi menyambut ketibaan Hari raya Aidil Fitri.

Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 2018

6 Jun 2018: Hari raya merupakan satu sambutan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama bagi golongan kanak-kanak. Bagi mereka hari raya memberi peluang kepada mereka untuk  bergembira, berkunjung ke rumah saudara mara,rakan-rakan dan peluang ini juga digunakan untuk mengeratkan siraturahim antara mereka. Walaubagaimanapun, tidak semua golongan masyarakat dapat menyambut hari bermakna tersebut dengan persiapan yang sempurna. Ini kerana tidak semua dikalangan masyarakat memiliki kemampuan untuk menyediakan persiapan yang lengkap dan serba mewah. Walaubagaimanapun, kemeriahan Hari Raya adalah milik semua tidak mengira darjat dan pangkat.

Berdasarkan falsafah ”kegembiraan Raya Milik Semua”, Unit Hal Ehwal Murid SMKSK dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling telah mengambil inisiatif untuk membuat kutipan sumbangan bagi menambah kemeriahan sambutan hari mulia ini.
Terima kasih kepada para penderma yang telah bermurah hati telah memebrikan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan runcit kepada 70 murid terpilih dan semua pekerja SMKSK.

Majlis Ramah Mesra Dr. Md. Farid Md. Rafik Ahli Parlimen Tanjung Piai Bersama SMKSK

30 Mei 2018: Majlis Ramah Mesra YB Dr. Md. Farid Md. Rafik Ahli Parlimen Tanjung Piai Bersama SMKSK telah diadakan bertujuan bagi mendekatkan lagi hubungan antara pemimpin bersama dengan pihak sekolah. Turut hadir YDP PIBG SMKSK, Penghulu Mukim Serkat dan Penghulu Ayer Masin.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan latarbelakang SMKSK oleh Tuan Pengetua. Dalam ucapan YB Dr. Md. Farid, beliau besetuju untuk memberikan komitmen dan kerjasama kepada SMKSK bagi memastikan kejayaan sekolah. Beliau juga menegaskan akan terus menyambung apa yang terbaik oleh kepimpinan terdahulu dan seterusnya akan menambah baik jika difikirkan sesuai.

Setelah sesi taklimat dan ucapan selesai, YB Dr. Md. Farid dibawa meninjau sekitai kawasan sekolah. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.