Taklimat Pengambilan Murid Bagi Program SLDN Kolej Vokasional Tanjung Piai

29 April 2018: Wakil daripada Kolej Vokasional Tanjung Piai, Timbalan Pengarah Akademik (TPA)  dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA)  iaitu En. Zulkiplee Bin Hassan dan En. Adnan Ngah Bin Abdullah telah hadir ke SMKSK untuk mempromosi pengambilan pada bulan Jun 2018 ini.

Program yang ditawarkan ialah kursus SLDN untuk Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam dengan kapasiti maksimum seramai 25 orang murid sahaja. Kursus yang dijalankan selama 1 tahun 6 bulan buat kali yang pertama dibuka kepada ambilan murid disekitar Kolej sahaja kerana kemudahan asrama belum beroperasi.

Ke-5 Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2018

25 April 2018: Pasukan Sketsa Rukun Negara SMKSK telah berjaya meraih hadiah RM500.00 dengan memberikan saingan sengit kepada kelompok 5 terbaik dikalangan 10 daerah yang bertanding.

Terima kasih kepada semua guru penasihat Kelab 1Malaysia, Pengurus dan jurulatih yang telah bertungkus lumus melatih kumpulan ini. Semoaga tahun hadapan kejayaan yang lebih baik akan menjadi milik SMKSK

Ke-4 Kejohanan Bola Sepak B18 Daerah Pontian 2018

24-26 April 2018: Pasukan Bolasepak B18 tahun telah melangkah ke pertandingan separuh akhir setelah berjaya menewaskan Johan Menunggu SMKDMYS di peringkat suku akhir dengan keputusan 2 – 1.

Dalam pelawan di separuh akhir pasukan SMKSK tewas tipis dengan pasukan SMKTK dengan keputusan 0 – 1. Agak kurang bernasib baik pula apabila dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4 , pasukan SMKSK tewas dalam penentuan sepakan panelti dengan pasukan SMKKAP.

Syabas kepada pasukan B18 SMKSK kerana telah menunjukkan peningakatan yang amat menakjubkan. Semoga tahun hadapan kejayaan yang lebih hebat milik SMKSK.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang diharungi oleh pasukan SMKSK:

Tempat ke-4
Tarikh: 24-26 April 2018
Kumpulan
1) SMK Sri Kukup vs STOMS (menang 4-1)
2) SMK Sri Kukup vs SMK KAP (tewas 1-3)
3) SMK Sri Kukup vs SMK Pt Betak (menang 3-0)
Suku akhir
SMK Sri Kukup vs SMK DYS (menang 2-1)
Separuh akhir
SMK Sri kukup vs SMK TK (tewas 0-1)
Tempat 3/4
SMK Sri Kukup vs SMK KAP (tewas penalti 3-4)

Hari Bertemu Pelanggan & Hari Penetapan Target PT3, SPM 2018

28 April 2018: Unik Kecemerlangan Akademik SMKSK telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan & Hari Penetapan Target PT3 / SPM di Dwan Sri Kemuning. Matlamat program ini adalah bagi membentuk dan menggilap murid-murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 bagi mencapai kecemerlangan akademik dalam PT3 dan SPM.

Objektif diadakan program ini pula, antaranya:

  1. Melibatkan ibu, bapa, penjaga dalam usaha melahirkan murid-murid cemerlang sahsiah dan juga akademik.
  2. Memberi dorongan dan motivasi kepada setiap murid yang akan mengambil peperiksaan PT3 dan SPM 2018
  3. Memantau perkembangan dan kemajuan akademik calon PT3 dan SPM
  4. Menyediakan pelbagai program kecemerlangan akademik bagi membantu murid bersedia menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM 2018.

Aturcara di mulakan dengan taklimat oleh Pn. Rofiah Binti Wahid (GPK HEM) berkaitan laporan kehadiran murid-murid tingkatan 3 dan 5. Setelah itu taklimat “headcount” dan penerangan berkaitan pelaksanaan program perfect score oleh En. Ariffin Bin Bajuri (GPK Pentadbiran). Seterusnya, taklimat terakhir disampaikan oleh Tn. Hj. Arbain Bin Miswan (Pengetua) bagi merumuskan semua program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 bagi mencapai matlamat ETR yang telahlpun disasarkan oleh Unit Peperiksaan SMKSK.

Untuk Melihat gambar yang seterusnya sila klik  DI SINI.