Majlis Pelancaran Program Tuisyen SPM Percuma & Membudayakan KBAT-PISA 2018

1 Mac 2018: Majlis Pelancaran Program Tuisyen SPM Percuma bagi Sekolah-sekolah Menengah Di Kawasan Tanjung Piai  & Membudayakan KBAT-PISA 2018 telah sempurna dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn. Hj. Wahid Bin Yusof selaku wakil rasmi PPD Pontian dan En. Zahrullail, YDP PIBG SMKSK.

Program Tuisyen online ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program kebajikan Pejabat Parlimen Tanjung Piai bagi membantu meningkatkan pencapaian SPM di kawasan Parlimen Tanjung Piai. Sementara Program Membudayakan KBAT-PISA pula dilancarkan bagi menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Tambahan pula SMKSK telah terpilih sebagai sekolah kajian utama PISA 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *