Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Pontian

6 Mac 2018: Kontingen Olahraga Padang dan Balapan SMKSK 2018 telah berjaya memperbaiki pungutan mata keseluruhan dengan 3 emas 7 perak 4 gangsa (51 mata keseluruhan) berbanding tahun 2017 dengan 6 emas 2 perak 4 gangsa (48 mata keseluruhan). Paling manis seorang atlit SMKSK, Nurul El Rauda bt Mohamad Faizal Sham  telah memecah rekod kejohanan dalam acara Lompat Kijang P18 dengan lompatan sejauh 9.98m.

Walaupun dari segi kedudukan, kontingen SMKSK jatuh 1 anak tangga iaitu dari tangga ke-9 (2017) ke kedudukan yang ke-10 (2018) tetapi kualiti keseluruhannya menunjukkan peningkatan. Tahniah kepada barisan atlit dan guru-guru yang terlibat dalam memastikan kejayaan SMKSK. “Kukup Juara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *