Ceramah Penyalah Gunaan Dadah Oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

12 Mac 2018: Satu ceramah berkaitan akibat daripada aktiviti penyalahguaan dadah oleh pegawai AADK Pontian telah disampaikan di Dewan Sri Kemuning SMKSK. Dalam ceramah yang disampaikan ini, pelajar dededahkan terhadap punca, kesan dan bagaimnana untuk menghindarinya.

Program Kesedaran Antidadah ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan dari pegawai dan jawapan oleh pelajar. Program ini merupakan satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan penagihan dadah.

Selain itu para pelajar juga wajar menghayati nilai agama dan moral kerana inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Pelajar hari ini bakal menempuhi pelbagai halangan dan cabaran yang pastinya menggugat ketahanan dan jati diri mereka.

Pameran Antidadah juga turut dipamerkan kepada semua pelajar yang hadir didalam program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi. SMKSK Bebas Dadah….. “Kukup Juara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *