Johor International Agoonoree Kali ke 4 (Pendidikan Khas)

12.3.2018  sehingga 15.3.2018 PPKI SMK Sri Kukup telah menghantar 2 orang peserta lelaki dan seorang pemimpin(guru) mewakili  kontinjen Pontian ke Savana Hill Resort,Johor. Program ini bertujuan memupuk sikap bekerjasama dan komunikasi secara menyeluruh dengan beberapa negara yang terlibat seperti Malaysia,Thailand, Brunei, Singapura dan lain-lain. Setiap peserta perlu melengkapkan 30 aktiviti sepanjang program. Terdapat juga aktiviti malam Antarabangsa dan Fiesta Food. Tahniah kepada Kontinjen Pontian Pendidikan Khas.

 

TAKLIMAT ALAM SEKITAR DARIPADA SWM

28 Mac 2018: Satu ceramah berkaitan kesedaran kepada pengasingan sisa pepejal dan kesannya telah dijalankan oleh pegawai daripada SWM Environment Sdn. Bhd. kepada semua warga SMKSK.

Ceramah ini dijalankan berikutan SMKSK merupakan salah sebuah daripada 180 buah sekolah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bakal menyertai program Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) Eco Youth Challenge 2018 bermula bulan ini sehingga September depan.

Program jelajah pendidikan ini diadakan dengan kerjasama Yayasan Coca-Cola, WMAM, SWM Environment Sdn. Bhd. serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tiga buah negeri terlibat.

Laporan oleh En Mohd Izzat [Guru Penasihat Kelab Alam Sekitar]

Program Khidmat Masyarakat Jayakan Hubungan Komuniti Setempat

23 Mac 2018: Satu lagi khidmat masyarakat SMK Sri Kukup telah diberi atas kepakaran SMKSK dalam membina mural di bangunan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kukup.

Semua penghuni dibimbing oleh Cikgu Norazlin, Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual bersama ahli kelab PSV untuk mewarna keseluruhan mural yang dihasilkan. Turut hadir membantu dalam aktiviti ini ialah YB Tn. Hj. Suhaimi Salleh, ADUN Kukup.

Sesungguhnya dengan program ini ia akan dapat mewujudkan hubungan yang baik antara SMK Sri Kukup bersama komuniti masyarakat setempat. Usaha yang diadakan ini berupaya melahirkan ahli kelab yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan aktif dan komited dalam menyertai aktiviti luaran yang dianjurkan.

Tahniah kepada semua yang terlibat. “Kukup Juara”

Tahniah!! Peningkatan PNGK + 0.19

6 Mac 2018: SMK Sri Kukup mengulangi pencapaian terbaiknya dua tahun berturut-turut dalam sejarah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diumumkan hari ini.

SMK Sri Kukup berjaya mencatat keputusan terbaiknya apabila memperoleh pencapaian 100 peratus dengan PNGK 2.95 berbanding 2.76 pada tahun 2016. Pencapaian cemerlang ini sekali gus mengatasi ETR sekolah iaitu 2.92.

Terdapat seorang calon ‘near miss’ iaitu saudara Muhammad Hafiz bin Muhammad yang memperoleh 2A 2A- (PNGK 3.84). Lebih membanggakan apabila seramai 14 daripada 29 orang calon keseluruhan, memperoleh PNGK 3.0 ke atas.

Lima mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan iaitu:

  • Pengajian Am       79.31%       (2.38) : + 0.15
  • Bahasa Melayu  100.00%       (3.46) : + 0.02
  • Geografi               89.70%       (2.85) : + 0.29
  • Seni Visual         100.00%       (3.70) : + 0.56

Berikut ialah senarai pelajar cemerlang

  1. MUHAMMAD HAFIZ BIN MUHAMMAD  3.84
  2. MUHAMMAD ISKANDAR BIN ROSMAN  3.67
  3. NURULAIN BINTI MD. ARIS  3.67
  4. NOR SHEELA BTE ABDUL MAJID  3.50
  5. AINA SYAZWANI BINTI ALIAS  3.50
  6. NURUL AFIQAH BTE RUSLI  3.42
  7. NUR NADZIRAH ‘ATIKAH BINTI JALALULAIL  3.33
  8. NUR ZULAIKHA BTE HISHAM   3.25
  9. NUR SYAZANA BINTI AZMAN  3.25
  10. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN HALIMAN  3.09
  11. NUR FARHANAN MD MIN  3.09
  12. NURSHAFIKAH BTE PIRAMLIE 3.00
  13. AZRI HADI BIN HARIS  3.00
  14. MOHAMAD SAFFUDIN BIN MD. AZIZ  3.00

Tahniah kepada semua warga SMK Sri Kukup atas pencapaian cemerlang STPM 2017. Marilah kita berdoa dan berusaha sehabis baik untuk mencapai  keputusan yang  lebih cemerlang pada tahun 2018 ini. “Kukup Juara”

Laporan oleh Pn Norirmaliza binti Ahmad [GPK Tingkatan 6]