Program Berurusan di Bank 2 dan Majlis Perpisahan Pn Lee Bee Hiang

Pada 28.2.2018 Rabu, kelas Integrasi telah mengadakan Program Berurusan di Bank 2 dan Majlis Perpisahan Pn Lee Bee Hiang di Restoran Rasa Ria,Pontian. Pn Lee telah berkhidmat di SMK Sri Kukup selama 6 tahun dan telah berpindah ke SMK Ayer Baloi. Majlis perpisahan ini bertujuan memupuk sikap murid untuk menghargai pengorbanan dan jasa guru yang mengajar mereka selama ini. Program Berurusan di Bank 2 ini juga dapat mendidik diri murid untuk belajar menguruskan pengeluaran wang melalui mesin ATM BSN, Pontian.

Penyerahan Bendera Kontingen Balapan & Padang MSSD

28 Februari 2018: Penyerahan bendera sekolah kepada kontigen balapan dan padang MSSD telah dijalankan di Dewan Terbuka SMKSK. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Arbain bin Miswan. Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengharapkan agar kontingen ini akan membawa nama sekolah dengan pencapaian yang lebih baik dari tahun 2017.

Seramai 33 orang akan memburu kejuaraan dalam acara yang akan dipertandingkan di Educity, Nusajaya pada 5-7 Mac 2018. Semoga kejayaan milik SMKSK. Penghargaan juga diberikan kepada pasukan jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam mengurus dan melatih atlit SMKSK. “SMKSK JUARA”

Mesyuarat Pengurusan SKPMg2 Tahun 2018

26 Februari 2018: Mesyuarat pengurusan SKPMg2 telah dijalankan di Dewan Tingkatan 6 dengan dihadiri oleh semua guru SMKSK. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Ariffin Bin Bajuri (GPK Pentadbiran).

Antara agenda mesyuarat ini adalah berkaitan tugas atau tanggung jawab yang perlu dibuat oleh semua ahli Pasukan Pelaksana Standard (PPS) dalam menentukan eviden yang perlu dikenalpasti dan menentukan skor bagi Tindakan Untuk Mencapai Standard (TUMS).

Semoga hasil mesyuarat ini akan dapat memberikan idea untuk memantapkan kualiti pengurusan sekolah kearah pencapaian yang paling optimum. “SMKSK JUARA”

Ujian PKLSMB 3 Tahun 2018

26 Februari 2018: Seramai 33 murid telah terpilih untuk menduduki Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains, Matematik dan Bacaan 3 (PKLSMB). Ujian dijalankan di Makmal Komputer SMKSK. Semua peserta sebenarnya telah disenarai pendek oleh OECD dan mereka ini adalah sebahagian daripada peserta yang akan mewakili negara Malaysia dalam menentukan ranking negara dalam PISA.

Bagi warga SMKSK, pihak kami akan memberikan kerja sama yang penuh bagi memastikan ia bejalan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JPNJ.