Penilaian Akhir Pertandingan Mural 1Malaysia Negaraku

28 Januari 2018: Penilaian peringkat akhir Pertandingan Mural 1 Malaysia Negaraku peringkat kebangsaan telah dijalankan bagi menentukan sekolah pemenang.

Bagi SMKSK mural yang dipapaparkan pada blok B sekolah telah menarik minat semua warga sekolah. Dibawah bimbingan Pn. Norazlin Binti Abdullah (Guru Cemerlang PSV) dengan dibantu beberapa orang guru dan murid.

Lukisan yang menggambarkan Malaysia dengan pelabagai kaum saling memahami erti perpaduan. Ianya juga menggambarkan kemajuan yang dicapai kearah sebuah negara yang maju. Lebih menarik sekali kerana lukisan ini menggambarkan lukisan 3D.

Semoga kejayaan milik SMKSK. Tahniah kepada pasukan pelukis SMKSK yang memberikan sumbangan idea dan tenaga bagi melahirkan sebuah mural yang cukup hebat. “SMKSK JUARA”

Kejohanan Padang & Balapan SMKSK Kali Ke-49

25 Januari 2018: Kejohanan Padang dan Balapan SMKSK Kali Ke-49 telah berlangsung di padang SMKSK dengan dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Suhaimi Bin Salleh (ADUN Kukup). Dalam kejohanan kali ini beberapa acara akhir balapan telah dipertandingkan antaranya 100m lelaki dan perempuan dan acara tarik tali antara rumah sukan peringkat separuh akhir dan akhir.

Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh 4 buah pasukan rumah sukan serta badan unit beruniform. Dalam ucapan YB Tn. Hj. Suhaimi Bin Salleh, beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian samada secara langsung mahupun dalam memberikan kerjasama secara sokongan moral. Beliau juga kagum dengan pencapaian SMKSK atas pencapaian tertinggi seperti pasukan Kadet Bomba yang telah memperolehi tempat ke-4 Kawad kaki Kering peringkat kebangsaan.

Dalam kejohanan kali ini pasukan rumah hijau telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Manakala dalam acara perbarisan pula pasukan rumah merah dan pasukan kadet bomba diistiharkan sebagai pemenang dalam 2 kategori yang dipertandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang, tahniah juga kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Padang dan Balapan bagi tahun 2018. “SMKSK JUARA”

Untuk melihat gambar-gambar serusnya, sila klik DI SINI

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan & Media Bil 1/18

29 Januari 2018: Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan dan Media telah dijalankan di Perpustakaan SMKSK dengan dipengerusikan sendiri oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Arbain Bin Miswan.

Dalam ucapan alu-aluan tuan pengetua, beliau mengharapkan semua ahli jawatankuasa bergerak berdasarkan peranan dan tanggungjawab dalam jawatankuasa perpustakaan dan media dengan merujuk buku pengurusan. Mesyuarat kali pertama ini lebih kepada menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi sepanjang tahun 2017  serta beberapa penambahbaikan yang difikirkan perlu bagi menarik minat murid mengunjungi perpustakaan.

Selain membincangkan hal berkaitan perpustakaan, penggunaan vle murid dan guru juga disentuh. Bagi mengaktifkan penggunaan oleh murid jawatankuasa akan menetapkan jadual makmal komputer bagi mata pelajaran yang dikenalpasti. Selain itu e-rph vle juga akan diuji lari untuk 8 guru terpilih sebelum akhirnya nanti akan diperluaskan kepada semua guru.

Laman web yang memang telah wujud akan diaktifkan semula dengan melantik ahli jawatankuasa baru. Semoga laman web SMKSK akan menjadi salah satu media rujukan bukan sahaja oleh guru dan murid, malah kepada ibu bapa dan penjaga selain dapat mempromosikan nama SMKSK bukan sahaja di daerah Pontian tetapi di seluruh negara. “SMKSK JUARA”