KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH PONTIAN

Pada 12.9.2018 telah berlangsungnya Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Pontian di SMK Parit Betak, Pontian. PPKI SMK Sri Kukup telah memasuki 3 acara kemahiran iaitu Masakan Tradisional Tempoyak Ikan Patin, Dekorasi Pulut Kuning dan Teknikal Air Pancut. PPKI hanya memenangi tempat ketiga dalam acara Teknikal Air Pancut yang diwakili oleh Muhammad Asnizam Bin Abas dan Fairizuddi Ainul Hakim Bin Ahmad. Objektif program ini ialah murid dapat menonjolkan bakat kemahiran dalam acara-acara kemahiran negeri Perak. Tahniah kepada guru-guru, PPM da murid-murid PPKI.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, plant, table and outdoor

Image may contain: 2 people, including Aisyah Nordin, people smiling, people standing, people sitting and indoor

 

Image may contain: one or more people, people sitting, food and indoor

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAS INTEGRASI KE KUALA KANGSAR, PERAK DAN CAMERON HIGHLANDS

Pada 2.9.2018 sehingga 6.9.2018 Kelas Integrasi telah menjalankan lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar, Perak dan Cameron Highlands. Antara tempat yang dilawati di Kuala Kangsar seperti Pusat Kraf Tangan Cawangan Perak, Kilang Kicap Tamin, Pusat Arkeologi Lenggong. Manakala tempat yang dilawati di Cameron Highland seperti Lavender Garden, Avant Chocholate, Cuctus Valley, Ladang Teh, MARDI. Antara objektif program ini ialah murid dapat mengenali budaya lain selain negeri Johor. Contohnya seperti Kuala Kangsar Perak terkenal dengan pembuatan labu sayong. Selain itu, murid dapat mengetahui cara penanaman tumbuhan dengan betul. Contohnya semasa lawatan di MARDI Cameron. Alhamdulillah program lawatan ini berjalan dengan lancar dan selamat.

 

Image may contain: 10 people, including Lila Lisa, people smiling, people standing and outdoor Image may contain: 11 people, including Ismaill Adam, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 4 people, people smiling, outdoor

Image may contain: 21 people, including Oht Thiap, people smiling, outdoor

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, table, drink, food and indoor

Latihan Pengosongan Bangunan

12 September 2018: Latihan pengosongan bangunan telah  dijalankan bagi semua warga sesi pagi SMKSK. Latihan ini adalah sebahagian daripada aktiviti rutin tahunan anjuran Unit HEM dengan kerjasama Unit Bomba dan Penyelamat Pontian.

Secara keseluruhannya pihak bomba mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah kerana dapat mengosongkan bangunan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Seterusnya warga sekolah juga diingatkan agar tidak panik menghadapi keadaan kecemasan dan seterusnya berkumpul di tempat yang selamat.

Dalam aktiviti ini, pihak bomba turut membuat demostrasi cara memadam kebakaran dapur dengan menggunakan kain basah dan alat pemadam api. Turut dibuat demostrasi ialah cara memadam kebakaran akibat daripada kebocoran gas.

Terima kasih kepada Unit Bomba dan Penyelamat Pontian serta Unit HEM SMKSK kerana berjaya menganjurkan aktiviti ini. “Kukup Juara”

Pelancaran Sudut Pidato SMKSK

6 September 2018: Pelancaran Sudut Pidato SMKSK telah disempurnkan oleh Tn Hj Arbain bin Miswan, Pengetua SMKSK di Dewan Terbuka. Sudut Pidato ini akan menampilkan beberapa orang murid setiap minggu untuk diketengahkan.

Dalam ucapan perasmian oleh Tn Pengetua, beliau menerangkan beberapa fakta yang perlu diketahu oleh semua warga SMKSK, antaranya ialah:

  1. Menurut kamus dewan, pidato ialah ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai.
  2. Menurut tesaurus bahasa melayu, pidato bersinonim dengan ucapan, syarahan, ceramah, khutbah dan kuliah.
  3. Sudut pidato dalam bahasa inggeris ialah Speaker’s Corner iaitu satu kawasan di mana pengucapan awam dibenarkan.
  4. Sejarah Sudut Pidato yang asal dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England.
  5. Untuk berucap, ia perlu dimulakan dengan amalan membaca dan menulis.
  6. Objektif pidato dalam bahasa melayu sekolah menengah: – Mebolehkan pelajar mempertingkatkan kecekapan berbahasa. – Berkomunikasi dengan berkesan. – Melahirkan pendapat dengan tepat. – Bertutur dengan fasih dan lancar (santun dan berbahasa) – Bertutur dengan gaya, intonasi, nada dan suara yang bersesuaian. – Menyusun idea dan fakta-fakta secara teratur mengikut kepentingan serta melahirkan idea secara terancang.
  7. Faedah pidato kepada pelajar: – Membentuk sikap membaca dan menyelidik. – Membina kepetahan berhujah. – Mematangkan fikiran.
  8. Menurut A. Samad Said, ‘membaca mendewasakan remaja’. Ianya dapat melatih diri menjadi pemimpin pada masa hadapan.