SELAMAT BERSARA CIKGU ZULKIFLI….

Seluruh warga SMKSK mengucapkan selamat bersara kepada En Zulkifli bin Ab Latif yang bersara pada 5 Februari 2016. Beliau telah berkhidmat di SMKSK selama 20 tahun. Semoga beliau dilimpahi rahmat kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Segala jasa dan bakti beliau terhadap sekolah, rakan guru dan anak didik akan kami kenang sampai bila-bila.

Terima kasih cikgu.

Kredit gambar: Cik Aini Yusniza dan Unit Web SMKSK

SMKSK JOHAN BOLA JARING P15 MSSD

Pada 1 & 2 Februari 2016, SMKSK telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring MSSD Pontian bertempat di Kolej Kemahiran Belia Negara, Ayer Baloi, Pontian.

Sukacita dimaklumkan Pasukan Bola Jaring P15 telah berjaya menjadi Johan dalam kategori tersebut manakala Pasukan Bola Jaring P18 berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan mendapat tempat yang keempat.

Laporan oleh Pn Nor Hidayah binti Abdul Hamid