MAJLIS JASAMU DIKENANG

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 29 hb Januari 2015 sejurus selepas Sambutan Maulidur Rasul SMKSK bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada 4 orang guru yang telah dan bakal berpindah dari SMKSK. Antara yang diraikan ialah Tn Hj Md Ali bin Abdullah yang mendapat kenaikan pangkat sebagai Pengetua di SMK Taman Nusajaya, Pn Sureana binti Masdar yang juga mendapat kenaikan pangkat sebagai SISC+ di Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, En Zaki Faisal bin Khamisan yang telah berpindah ke SMK Dato Ali Haji Ahmad dan juga Ustaz Mohd Rozamli bin Abdul Razak yang bakal berpindah ke Pahang.

Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru berkenaan atas komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di SMKSK. Semoga sentiasa cemerlang dan semoga kita bertemu kembali.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1436H SMKSK

Sambutan Maulidur Rasul 1436H SMKSK telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, 29 hb Januari 2015, bertempat di Dewan Seri Gemilang SMKSK. Semua warga SMKSK merangkumi barisan pentadbir, guru, pelajar, kakitangan sokongan, pekerja swasta dan jemputan  telah sama-sama berarak sambil berselawat di sepanjang laluan yang telah ditetapkan dan kembali semula ke Dewan Seri Gemilang. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Jazlan bin Abdullah. Majlis kemudian ditutup dengan persembahan nasyid oleh pelajar asrama SMKSK. Akhir sekali, semua warga SMKSK ke kantin bagi menikmati juadah Maulidur Rasul yang dimasak secara bergotong-royong oleh warga SMKSK sendiri.

SMKSK ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SMKSK yang telah menyumbang wang, tenaga dan masa bagi menjayakan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada Ustaz Muhammad Jazlan bin Abdullah dan para jemputan yang sudi meluangkan masa bagi sama-sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

AKTIVITI-AKTIVITI SEMPENA JUBLI EMAS SMK SRI KUKUP

Sempena sambutan Jubli Emas SMK Sri Kukup, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tahun ini. Antaranya ialah:

1 Majlis Pelancaran Jubli Emas 28 Januari
2 Maulidur Rasul Jubli Emas 29 Januari
3 Sukan Olahraga Jubli Emas Februari/Mac
4 Pesta Jubli Emas Mac
5 Kem Kecemerlangan April
6 Bengkel Kecantikan dan Masakan Mei
7 Program Kasih Bertaut Mei/Jun
8 Karnival Jubli Emas Julai
9 Majlis Malam Amal Alumni Julai
10 Jubilee Eco Run September
11 Acara Kemuncak Jubli Emas Oktober

Sehubungan dengan itu, segala sumbangan dan pertanyaan bagi menjayakan program, sila hubungi Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas iaitu:

1 En Selamat bin Hj Mon Penasihat 019 752 6492
2 Tn Hj Md Ashari bin Karsan Pengerusi 019 796 2858
3 Pn Noor Maizura binti Daud Setiausaha 013 269 3800
4 Pn Nurul Shuhada binti Yusuf @ Ayub Bendahari 019 387 4911

 

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSK 2015

Kejohanan Merentas Desa SMKSK bagi tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 hb Januari 2015[Khamis]. Pada tahun ini acara dimulakan dengan aktiviti Sinar Hidayah iaitu bacaan Yasiin oleh warga SMKSK di Dewan Seri Gemilang. Seterusnya, acara diteruskan dengan Taklimat PAJSK dan SEGAK, aktiviti senamrobik dan Taklimat Merentas Desa. Kemudian pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing dan merentas desa mengikut laluan yang telah ditetapkan. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah di Dewan Seri Gemilang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.