KELAS PINTAS 02/2015 PELAJAR PT3 DAN SPM

Pada 28, 29 dan 30 Mei yang lalu, Jawatankuasa STAR [Strategi Terancang Akademik Pelajar] SMKSK telah menganjurkan Kelas Pintas 02/2015 khusus untuk semua calon PT3 dan SPM tahun ini. Kelas ini diadakan bagi menyediakan pelajar dengan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan di samping memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Berikut ialah gambar-gambar sekitar program.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

17 Mei 2015, SMK Sri Kukup telah meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan diraikan pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Pelbagai persembahan pelajar diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua guru. Tidak kurang hebatnya persembahan daripada guru bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Antara aktiviti lain ialah cabutan bertuah, persembahan terbaik, pemenang bagi pakaian yang mengikut tema, acara pemotongan kek dan pulut kuning serta jamuan hari guru.
Penghujung sambutan hari guru di raikan di Jamuan Makan di Kemangi, Pontian Johor. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru.

“GURU: MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

Laporan oleh Pn Nor Diana binti Nordin [Kaunselor]

PROGRAM ALAM SEKITAR DI TAMAN NEGARA PULAU KUKUP

Perbadanan Taman Negara Pulau Kukup dengan kerjasama JKD Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Daerah Pontian telah menganjurkan Program Alam Sekitar pada  9 Mei 2015 [Sabtu] bertempat di Taman Negara Pulau Kukup. Program yang bertujuan “Sayangilah bumi ini” disertai oleh 30 orang peserta dan 3 orang guru pengiring dari SMK Sri Kukup. Turut serta dalam program ini ialah 4 orang pelajar dan seorang guru pengiring dari SMK Telok Kerang.

Program bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan pada pukul 8.30 pagi. Pada pukul 9.00 pagi, program ini dirasmikan oleh Pengurus Taman Negara Pulau Kukup iaitu Puan Hajjah Maziah Fadillah binti Wan Mohamed bagi mewakili Pengarah Taman Negara. Seterusnya ialah Ceramah Alam Sekitar oleh Cik Rosmona binti Musa dari Perbadanan Taman Negara Pulau Kukup 

Pada pukul 9.30 pagi, semua peserta dan guru mula bergerak ke Taman Negara Pulau Kukup untuk aktiviti lawatan sambil belajar di Pulau Kukup. Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah aktiviti menanam 200 anak pokok bakau, menyusur sungai ular, ikrar pelajar [cop tangan], dan mengelilingi pulau kukup. Pada pukul 12.00 tengahari, semua peserta kembali ke Pusat Informasi Pulau Kukup untuk aktiviti Kuiz, Majlis Penyampaian Hadiah dan jamuan. Semua peserta dan guru bersurai pada pukul 1.30 tengahari

Laporan oleh En Hadi Abdul Munir bin Jamhari [Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan]

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN KADET BOMBA & PENYELAMAT DAERAH PONTIAN 2015

Sebanyak 10 buah sekolah seluruh daerah Pontian telah terlibat dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba & Penyelamat Daerah Pontian 2015 yang telah diadakan pada 12/04/2015 di SMK Sri Perhentian. Terdapat 4 kategori kawad kecekapan yg dipertandingkan iaitu:
1. Kawad Operasi Berhalangan
2. Brain & Braun (BB) Challenge
3. ASPEC Challenge (Pertolongan Cemas)
4. Ikatan dan Tali

SMKSK telah menghantar pelajar kadet seramai 38 orang utk menyertai kesemua kategori. Matlamat penyertaan adalah sebagai pendedahan kepada pelajar kadet baru sebagai pelapis untuk pertandingan tahun hadapan. Kejayaan membanggakan apabila kategori Kawad Operasi Berhalangan, SMKSK berjaya mendapat tempat Naib Johan untuk kategori wanita. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yg terlibat.

“SMK SRI KUKUP JUARA”

Dilaporkan oleh En Eddy Safbree [Guru Penasihat Kadet Bomba & Penyelamat SMKSK]