Satu taklimat ringkas berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dijalankan semasa perhimpunan rasmi 20 hb Julai 2014 [Ahad] di Dewan Terbuka SMKSK. Taklimat ini disampaikan oleh Tn Hj Md Ali bin Abdullah [GPK Hal Ehwal Murid]. Berikut adalah maklumat intipati yang terkandung dalam pelan tersebut.
Monthly Archives: July 2014
MAJLIS PERPISAHAN PN SITI NURJIHAN
Pada 17 hb Julai [Khamis] yang lalu, sebuah majlis ringkas telah diadakan di Dewan Terbuka SMKSK bagi meraikan Majlis Perpisahan Pn Siti Nurjihan binti Samad. Untuk makluman, beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang telah berkhidmat selama 4 tahun di SMKSK. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan mesra pelajar. Walau bagaimanapun, beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang guru demi menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya iaitu Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
SMKSK menghargai usaha dan sumbangan Pn Siti Nurjihan sepanjang beliau berkhidmat di SMKSK. SMKSK ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini.
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1435 H: TADABBUR AL-QURAN
Program Tadabbur Al-Quran telah dijalankan pada 9 Julai 2014 di Dewan Pra-U, SMKSK sempena Program Ihya’ Ramadhan 1435H. Program ini disertai oleh semua guru, kakitangan dan pelajar-pelajar Pra-U yang beragama Islam. Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mengajak warga SMKSK supaya merenung, menghayati, dan memikirkan isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam. Surah pilihan kali ini ialah Surah Ar-Rahman.
MAJLIS PENGHARGAAN KEHADIRAN HARI TERBUKA
Majlis Penghargaan Kehadiran Hari Terbuka telah dijalankan semasa perhimpunan pagi 6 Julai 2014 di Dewan Terbuka SMKSK. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar atas komitmen yang telah diberikan dalam menggalakkan ibubapa menghadiri Hari Terbuka SMKSK pada 1 Julai yang lalu. Penilaian dibuat berdasarkan peratus kehadiran ibubapa yang tertinggi yang dimenangi oleh Kelas Integrasi, 3KAA, dan 3 KRK. Selain itu, penghargaan khas juga diberikan kepada kelas 5 Zamrud atas peningkatan peratus kehadiran ibubapa yang menggalakkan pada tahun ini.