Sukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar SMKSK iaitu MOHD HAZIQ BIN MOHD SERUAN dari kelas 4 Intan telah berjaya merangkul pingat perak acara Petanque kategori bergu lelaki di SUKMA yang berlangsung pada 30 Mei yang lalu di negeri Perlis. Sehubungan dengan itu, warga sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan beliau menyumbangkan pingat perak untuk negeri Johor, sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
Semoga kejayaan adik Mohd Haziq ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar SMKSK yang lain untuk meningkatkan lagi pencapaian dalam pelbagai bidang.