Minggu Anti Dadah dan Program Rahsia SMKSK akan berlangsung mulai 9 Mac hingga 13 Mac 2014. Sehubungan dengan itu,sebuah majlis pelancaran program berkenaan telah diadakan pada 9 Mac 2014 bertempat di Dewan Sri Gemilang.
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan melahirkan murid-murid yang tidak merokoh dan anti dadah hasil pendedahan informasi dan pendidikan pencegahan dadah kepada murid tentang bahayanya penglibatan diri dengan dadah dan rokok. Oleh itu melalui Program RAHSIA [Rokok, Alkohol, Dadah, Seks, Inhalan, Aids], “Pendidikan Pencegahan Yang Betul” diperlukan secara terus agar murid-murid akan mempunyai maklumat yang betul dan dapat membina jati diri yang kukuh. Selain itu ia menfokuskan program kepada KUMPULAN GENERASI Y yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan sentiasa berahsia.
Berikut adalah aktiviti yang dirancang sepanjang minggu ini;
09/03/14-Majlis Pelancaran
10/03/14-Ceramah AADK
11/03/14-Info RAHSIA
12/03/14-Pertandingan mencipta banner dan melukis poster
13/03/14-Bacaan Yassin khas dan doa selamat
Warga SMKSK juga digalakkan untuk membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa.
