POST MORTEM PEPERIKSAAN PMR 2013

Post Mortem Peperiksaan PMR 2013 SMK Sri Kukup telah diadakan pada 11 Januari 2014[Sabtu] bertempat di Dewan Makan Asrama sejurus selepas Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Post Mortem ini bertujuan untuk žmenganalisis keputusan peperiksaan PMR 2013, mengenal pasti kelemahan, dan seterusnya menentukan strategi penambahbaikan yang boleh digunakan oleh guru bagi meningkatkan peratus kelulusan dan Gred Purata Sekolah[GPS] dalam peperiksaan yang akan datang. Post Mortem ini dibentangkan oleh Pn Hjh Rohani binti A. Manaf [Pengetua], Tn Hj A Rahim bin A Rahman[PK Pentadbiran], Pn Siti Nor Aisah binti Aziz[Setiausaha PMR] dan beberapa orang guru.

Berdasarkan keputusan peperiksaan PMR 2013, SMK Sri Kukup telah berjaya meningkatkan GPS sekolah kepada 2.86 berbanding 2.92 dan 2.93 pada tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, sekali lagi SMK Sri Kukup berjaya mendapat Sijil Penghargaan dari PPD Pontian di atas peningkatan GPS 3 tahun berturut-turut. Namun begitu, peratus kelulusan mengalami kemerosotan daripada 61.34%[2012] kepada 55.26%[2013]. Bilangan pelajar cemerlang pula kekal 3 orang iaitu adik Noor Azrin binti Ilham[9A], Tan Zhi Guang[8A] dan Norhazlinhaiza binti Jamaludin[8A].

Post Mortem kali ini juga menyaksikan 8 daripada 13  mata pelajaran mengalami peningkatan dari segi peratus dan juga Gred Purata Mata Pelajaran[GPMP] iaitu Matematik, Pendidikan Islam, Geografi, Sains, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup[Kemahiran Teknikal], Kemahiran Hidup[Pertanian] dan Kemahiran Hidup[Perdagangan dan Keusahawanan]. Walaupun 5 mata pelajaran sahaja yang meningkat dari segi peratus namun 9 matapelajaran meningkat dari segi GPMP.

Secara keseluruhannya, pencapaian sekolah dalam PMR 2013 ialah gred B iaitu “Baik” dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *