GOTONG-ROYONG KECERIAAN KELAS

Sempena Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas yang bakal bermula tidak lama lagi, terdapat beberapa kelas yang mengambil inisiatif dengan mengadakan gotong-royong untuk membersih dan menceriakan kelas masing-masing. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyapu, mengelap tingkap, mengecat, menghias kelas dan melengkapkan papan kenyataan.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telahpun selesai membersih dan menceriakan kelas masing-masing.


AKTIVITI SINAR HIDAYAH & SINAR MURNI 23.01.2014

AKTIVITI SINAR HIDAYAH

Perkongsian Kembara Haji oleh Tn Hj A. Rahim bin A. Rahman

AKTIVITI SINAR MURNI

Latihan persembahan untuk Pogram RIMUP sempena Tahun Baru Cina

LATIHAN RUMAH SUKAN UNTUK SUKANTARA

Latihan rumah sukan telah diadakan pada 20 dan 21 Januari 2014. Latihan ini diadakan bagi melatih pelajar menghadapi sukantara yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Januari 2014. Di samping itu, latihan ini juga bertujuan mencari atlet-atlet yang bakal mewakili rumah dalam kejohanan olahraga sekolah. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar semasa sesi latihan dijalankan.

TAKLIMAT DISIPLIN

Pada 12 Januari 2014 (Ahad) yang lalu, satu taklimat berkenaan Disiplin SMK Sri Kukup telah diadakan kepada semua pelajar sesi pagi dan petang. Taklimat ini telah dipecahkan kepada dua sesi iaitu sesi pagi yang diadakan bermula jam 7.20 pagi manakala sesi petang bermula jam 1.00 petang dan berlangsung selama lebih kurang satu jam. Antara pengisisan taklimat ini iaitu berkenaan peraturan-peraturan disiplin yang termaktub dalam buku peraturan sekolah yang mana wajib dipatuhi oleh semua pelajar. Taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Abd. Latif Bin Sukimi (Ketua Guru Disiplin SMK Sri Kukup) ini juga berkisar tentang larangan-larangan bagi pelajar sepanjang berada di sekolah seperti merokok, pergaduhan, ponteng, vandelisme dan sebagainya serta hukuman-hukuman yang bakal mereka terima sekiranya melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan sekolah. Harapan pihak sekolah, semoga dengan adanya taklimat disiplin ini akan dapat menyedarkan semua pelajar SMK Sri Kukup berkenaan kepentingan menjadi pelajar yang bersahsiah tinggi serta menghindarkan diri daripada masalah disiplin seterusnya melahirkan warga SMK Sri Kukup yang lebih berdisiplin dan berakhlak mulia.