MAJLIS MOHON RESTU CALON SPM DAN STPM 2013

Sempena peperiksaan SPM dan STPM yang bakal bermula 6 November ini, satu Majlis Mohon Restu Calon SPM dan STPM 2013 telah dijalankan pada 1 November yang lepas. Majlis yang dipengerusikan oleh En Arman bin Sulaiman [Kaunselor] ini dimulakan dengan ucapan oleh Amir Zakiy bin Hamzah [wakil pelajar] dan diikuti ucapan oleh Pn Sureana binti Masdar [wakil guru], En Hamidon bin Busro [wakil pentadbir] dan ucapan oleh Pn Hjh Rohani binti A Manaf [pengetua SMKSK]. Seterusnya,majlis diakhiri dengan bacaan doa restu oleh Tn Hj Mohd Rozamli bin Mohd Razak dan sesi bersalaman.

Ucapan oleh Pengetua

Ucapan wakil pelajar

Ucapan wakil guru

Ucapan wakil pentadbir

Gambar sekitar program berlangsung

Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Doa dan restu guru-guru sentiasa mengiringi kalian.

 

MAJLIS SEMARAK MAAL HIJRAH 1435H

Majlis Semarak Maal Hijrah 1435H Peringkat SMKSK telah diadakan pada 1 November yang lalu bertempat di Dewan Seri Gemilang SMKSK. Antara objektif program ini ialah:

  1. menyediakan kesediaan diri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dan terbaik seiring mesej Hijrah
  2. menyuntik semangat baru untuk bermuhasabah dan membina keazaman baru sebelum fajar tahun 1435H menyingsing
  3. menjadikan peristiwa Hijrah sebagai sumber aspirasi dan inspirasi kehidupan kita sepanjang tahun

Program anjuran MAKDIS SMKSK ini dimulai dengan bacaan Yasin pimpinan Tn Hj Mohd Rozamli bin Mohd Razak dan diikuti dengan Ceramah Maal Hijrah oleh Tn Hj Md Ali bin Abdullah.

Salam Hijrah untuk semua. Semoga Hijrah kali ini menjadi aspirasi dan inspirasi untuk membina perubahan diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK YATIM

Seramai 81 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim SMKSK telah menerima sumbangan wang bantuan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Anak Yatim yang diadakan Dewan Seri Gemilang SMKSK pada 1 November 2013 yang lalu. Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zakaria Yusoff [Tok Ya] iaitu Pengarah Urusan Penaga Timur [M] Sdn Bhd atas keprihatinan beliau dan sumbangan yang telah diberikan.