Bengkel Teknik Menjawab Soalan LKJ SPM 2013

Pada 28 November 2013, Panitia Lukisan Kejuruteraan SMKSK telah menganjurkan sebuah Bengkel Teknik Menjawab Soalan LKJ SPM 2013 bertempat di Dewan Makan Asrama bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari . Bengkel ini disertai seramai 24 orang pelajar Tingkatan 5.

Bengkel teknik menjawab ini dipengerusikan oleh En Zaki Faisal bin Khamisan selaku Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan. Seterusnya bengkel ini dikendalikan oleh penceramah luar iaitu En Md Shahfuddin bin Hussein yang dijemput khas dari SMK Bandar Tenggara, Kulai, Johor.

Antara objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan LKJ yang berkesan. Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang perbengkelan dapat digunakan sepenuhnya semasa menjawab soalan dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah.