SMKSK CEMERLANG DI NRC 2013 [PERINGKAT NEGERI JOHOR]

Pada 3 hb Julai 2013, Kelab Robotik SMKSK dengan kerjasama Panitia Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan Rekacipta telah menghantar 3 pasukan pelajar bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan 2013 Peringkat Negeri Johor bertempat di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kategori yang disertai dalam pertandingan itu ialah Kategori Biasa [Menengah Atas]: Komodo Island.

Meskipun gagal mendapat anugerah utama namun salah satu pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat ke 7 daripada 92 pasukan yang bertanding dalam kategori yang sama. Sehubungan dengan itu, 3 orang peserta dari SMK Sri Kukup telah mendapat Sijil Kecemerlangan Robotik atas pengiktirafan kepada prestasi yang cemerlang dalam pertandingan tersebut. Pelajar yang dimaksudkan ialah:

1. MUHAMMAD NUR HIDAYATULLAH BIN MOHD FAISOL [5 PERMATA]
2. MOHAMMAD AIDIL SHAH BIN SAJAT [5 PERMATA]
3. MUHAMAD RAZIZY BIN FAUZI [5 PERMATA]

Kelab Robotik SMKSK ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan dan terima kasih khas kepada semua guru yang terlibat khususnya Cikgu Zaki Faisal, Cikgu Nur Akmal dan Cikgu Hjh Muslihah.

Sijil Kecemerlangan Robotik

Sijil Penyertaan Robotik

Sekitar pertandingan

Sekitar pertandingan

Sesi latihan sebelum pertandingan

Sesi latihan sebelum pertandingan

Laporan oleh Cikgu Indrawati binti Tumudi [Guru Penasihat Kelab Robotik SMKSK]

SMKSK Johan Perlumbaan Kereta Solar !

Pada 20 hb Jun yang lepas, SMK Sri Kukup telah menghantar beberapa pasukan pelajar bagi mewakili sekolah dalam Festival Sains dan Teknologi 2013 Peringkat Daerah Pontian bertempat di SMK Benut. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan sekolah kita telah berjaya menjadi Johan bagi kategori ‘Perlumbaan Kereta Solar’. Pelajar tersebut ialah:

  1. MOHD AMIRUDDIN  BIN MOHD ZUBIR [5 DELIMA]
  2. MOHAMAD RAFIK BIN RAPAIZAL [5 DELIMA]
  3. MOHD HUZAIMI BIN HISHAMUDIN [5 DELIMA]

Semoga kejayaan mereka ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  kepada ahli-ahli pasukan kereta solar lain iaitu Mohd Awaludin, Mohd Nur Tamimi, dan Ruzaini dari 5 Delima atas bantuan idea dan kerjasama yang telah diberikan.

Piala yang dimenangi

Kereta yang dipertandingkan

 Dilaporkan oleh Pn Indrawati binti Tumudi [Guru Pembimbing]

Program Lawatan SMK Tun Ismail ke SMK Sri Kukup

Tarikh : 8 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Jumlah Ahli Rombongan : 70 orang ( 45 orang pelajar, 18 orang guru dan 7 orang PPM)

            Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke SMK Sri Kukup pada 8 Mei 2013 (Rabu). Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengendalikan program-program yang terdapat di SMK Sri Kukup. Antara destinasi lawatan adalah (1) Bengkel Pemprosesan Makanan, (2) Bengkel Akuakultur dan Haiwan Rekreasi, dan (3) Kitchen Garden Edible Landscape. Setinggi-tinggi penghargaaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah SMK Sri Kukup sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas dari Pn. Pengetua

Penerimaan cenderamata dari En. Ruhaizad, GPK Pendidikan Khas SMK Tun Ismail

Sesi fotografi warga pendidikan khas SMK Tun Ismail dan SMK Sri Kukup

Dilaporkan oleh: Cik Lee Bee Hiang (Ketua Unit Pendidikan Khas)