PROGRAM : Pelancaran Program Nilam dan Galakan Membaca
TARIKH : 15 April 2013 (ISNIN)
TEMPAT : Dewan Terbuka, SMK Sri Kukup
ANJURAN : Bidang Bahasa dan Perpustakaan
SASARAN : Semua pelajar dan guru-guru SMK Sri Kukup
Majlis pelancaran ini telah diadakan semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Sri Kukup iaitu Puan Hajah Rohani binti A. Manaf.
OBJEKTIF:
- Menjadikan pelajar lebih banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah menjana idea kreatif dan inovatif.
- Melahirkan tokoh yang berketrampilan, berkepimpinan dan berpengetahuan dan berpengetahuan luas.
- Memjadikan membaca satu ‘role model’.
- Menjadi pemankin terhadap budaya membaca masyarakat.
AKTIVITI YANG DIRANCANG SEPANJANG TAHUN 2013
- Galakan membeli suratkhabar
- Sudut bacaan terbaik
- Pembaca buku terbanyak setiap bulan
- Bulan membaca
- Pagi bersama buku
- Kuiz nilam
- Zon membaca
- Pertandingan buku skrap
- Anotasi buku
- Pelajar kerap meminjam
- Guru kerap ke perpustakaan
- Deklamasi sajak
- Bercerita
HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah akan disediakan bagi setiap pertandingan. Bagi Program Nilam, ‘Sistem Redeemtion’ akan dijalankan iaitu penebusan hadiah. Pelajar akan diberikan satu kupon ketika meminjam buku dan satu kupon lagi sekiranya pelajar mencatat di dalam buku nilam. Kupon-kupon tersebut boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah yang akan disediakan. Sekiranya pelajar telah mencapai tahap Jauhari iaitu jumlah bacaan sebanyak 288 buah buku dan ke atas, hadiah menarik disediakan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para pelajar supaya lebih banyak membaca dan mencatatkannya dalam buku nilam.
DENGAN BAHASA KITA BERPADU TENAGA, DENGAN BAHASA KITA MAMPU BERJAYA, DENGAN BAHASA KITA BOLEH MEREALISASIKAN WAWASAN SATU MALAYSIA…
Laporan oleh Cik Suriani.